PUTRAJAYA: TV memiliki pengaruh luaran yang sangat kuat, besar dan efektif sekali khasnya di dalam bidang pendidikkan, pengiklanan dan sebagainya.
Manakala dalam kontek dakwah pula, Dr Yusuf Al Qaradhawi berkata penggunaan TV sudah tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi dalam realiti dunia global tanpa sempadan kini. Pihak musuh Islam telah menggunakan secara maksimum melebarluaskan dakyah dan propaganda mereka. Tidak boleh dinafikan bahawa budaya dan sikap hidup umat Islam dewasa ini, khasnya remaja dan kanak-kanak banyak dibentuk oleh media massa terutamanya tv.
Apa yang sangat membimbangkan kita apabila pengisian program TV berada di tangan golongan yang tidak bertanggungjawab, maka kesan buruknya lebih banyak dari kesan baik. Negatifnya ketara lebih dari positif. Inilah yang menjadi dilema besar yang menghantui para pendidik sejati dan sekelian ibubapa yang sangat prihatin berkenaan santapan rohaniah dan minda anak-anak tercinta.
Benarlah sabda Nabi saw: "Sebaik-baik harta (benda atau perkara) adalah harta orang soleh. Dengannya dia menghubung silaturrahim dan melakukan amal makruf".
Maknanya andai media khas TV dan radio berada di dalam rencana dan tadbiran para mukminin, maka ummah akan mendapat manfaat yang amat berguna lagi berganda. Fikir-fikirkan.
Hari ini, saya rasa terharu dan amat bersyukur, dalam penantian yang lama, saya rasa demikian juga hasrat dan harapan sekelian muslimin dan muslimat, Alhamdulillah, khabarnya Rancangan Jakim TV yang bakal dilancarkan 1 Julai ini. Secara pribadi saya menantikannya sejak 30 tahun yang lalu. Alhamdulillah dan terimakasih pada IKIM yang memulakan siaran radio Islam awal sebelum itu. Gandingan TV Jakim dan Radio IKIM ini kita harapkan dapat memaparkan keindahan Islam dari segenap aspek kehidupan sehingga mampu menyuburkan iman umat Islam serta beupaya membiaskan cahaya hidayah pada masyarakat bukan Islam juga. Sama-sama kita doakan.
"Rancangan televisyen swasta itu adalah program memaparkan berkonsepkan hiburan pendidikan yang sudah dirancang ketika portfolio berkenaan disandang menteri terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. tu antara komitmen terbesar yang sudah dirancang Datuk Ahmad Zahid. InsyaAllah saya akan memastikan kedua-dua projek berkenaan berjalan lancar. Banyak lagi program yang akan diteruskan selain ditambah", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
0 comments:
Post a Comment