Orang yang hatinya baik adalah orang suka memberi dan meminta nasihat dan itu menjadi petanda luhurnya jiwa yang tersembunyi di dalam dadanya. Tradisi para ulama al 'amilin dan du'at mukhlisin pula ialah, mereka tanpa jemu akan terus memberikan nasihat, samada tidak diminta untuk memberi nasihat lebih-lebih lagi kalau telah diminta untuk memberikan nasihat.
Dunia ini, insya Allah akan menjadi kebun-kebun syurga selama mana masih ada budaya nasihat-menasihati ataupun Tausiyah. Benci kepada budaya nasihat menasihati dan tausiyah adalah umpama membiarkan larva gunung berapi yang panas menggelegak mengalir ke dalam setiap kota dan kampung tanpa menyedaikan benteng maupun empangan. Jesteru, memohon nasihat dan memberikan nasihat itu perlu lantaran manusia itu resamnya pelupa.
Pada hari Abu Jaafar Al Mansur menjawat jawatan khalifah (Kerajaan Bani Umayyah), beliau berkata kepada seorang tabi'in yang terkenal dengan ketegasan dan kesolehannya, Muqatil bin sulaiman."Wahai Muqatil, nasihatkan saya", pinta Abu Jaafar.
"Wahai Amirul Mukminin! Nasihat bagaimana yang amirul Mukminin mahukan? Menurut apa yang saya lihat atau menurut apa yang saya dengar?", Muqatil bertanya kembali. "Bahkan menurut apa yang kamu lihat", jelas Abu Jaafar. "Tatkala Khalifah Umar Ibnul Aziz meninggal dunia, dia telah meninggalkan 11 orang anak. Manakala harta peninggalannya hanya berjumlah 18 Dinar. 4 Dinar telah digunakan untuk penyediaan kuburnya dan 5 Dinar pula untuk urusan pengkafanannya. Maka, harta peninggalannya yang masih berbaki cuma 9 Dinar sahaja. Selepas itu meninggal pula khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Habuan peninggalan bagi setiap seorang dari 4 isterinya berupa duit, harta benda dan istana kesemuanya berjumlah hampir 80 ribu Dinar...,
...wahai Amirul Mukminin! selang berapa masa selepas itu, saya telah melihat salah seorang daripada anak Khalifah Umar Ibnul Aziz telah menyedia dan menyumbangkan sebanyak 100 ekor kuda sebagai persiapan menghadapi peperangan fi sabilillah manakala dikesempatan lain pula saya melihat salah seorang anak khalifah Hisyam bin Abdul Malik duduk meminta sedekah di tepi jalan", cerita dan nasihat Muqatil panjang lebar.
Soal Khalifah Abi Jaafar boleh menerima atau tidak nasihat Imam Muqatil itu jatuh nombor dua. Yang pentingnya khalifah telah berlapang dada memohon nasihat seorang yang sangat layak lagi tidak berkepentingan. Manakala Imam Muqatil telah melaksanakan dakwah dan memberikan nasihat sebagaimana yang diperintahkan Allah dan Rasul.
0 comments:
Post a Comment