Malam tadi, seetelah selesai kuliah Maghrib dan Solat Isya di Masjid Al Hidayah, Sg Pencala, Kuala Lumpur, ana dan sdr Borhan (sahabat amal + jiran) terus bertolak balik ke Saujana Utama. Dalam perjalanan balik, hujan masih renyai-renyai. Dalam kereta, ana minta Borhan buka radio IKIM. Alhamdulillah, waktu yang sangat baik. Dapat dengar mutiara ilmu dari slot 'Kisah Teladan' yang dikendalikan oleh DJ Siti Rohani Surani dan tetamu jemputannya, seorang ustazah yang ana tak dapat maklumat siapa nama nya, sebab dah dengar tengah-tengah rancangan. Minta maaf ya ustazah.
Seronok dengar kisah teladan yang disampaikan berkenaan riwayat hidup dan perjuangan Nabi Yusuf as lebih-lebih lagi disampaikan oleh al ustazah dengan penceritaan yang menarik walaupun santai dan bersahaja. Yang bagusnya juga, al ustazah turut menyertakan mesej dan pengajaran berguna dari kisah tersebut.
"Selalu kita dengar subjek sirah sebegini disampaikan oleh para ustaz. Jarang kita dapat dengar huraian Tafsir dan penceritaan Sirah Para Anbiya dari pendakwah wanita seperti slot ini dan ia menarik sekali' kata saya pada Borhan.
Antara bahagian menarik yang disampaikan oleh al Ustazah berkenaan perjuangan Nabi Yusuf as ialah fasa 'pemenjaraan' dan 'pengurungan' yang dikenakan sang raja atau 'menteri' ke atasnya atas kesalahan dan tuduhan yang langsung tidak dibuktikan dan memang tak ada sebab pun.
Sememangnya Nabi Yusuf terpenjara kerana konspirasi orang-orang tertentu bagi kepentingan-kepentingan tertentu dan 'menutup' satu kes besar berprofil tinggi. Namun bagi Nabi Yusuf as, semua ada hikmahnya. Baginda bersangka baik dan sentiasa redha kepada Allah swt.
Sekelian banduan yang ada dalam penjara semuanya memandang tinggi atas kemuliaan Nabi Yusuf. Mereka melihat jelas kebaikkan dan tinggi budi pekertinya lantas menyayangi dan memuliakannya. Semasa dipenjara, Allah Ta'ala telah mengurniakan kepada Nabi Yusuf ilmu dan mukjizat untuk menta'bir mimpi. Maka sekelian banduan tidak melepaskan peluang bertanya maksud dan makna mimpi-mimpi mereka.
Di kalangan banduan ada dua orang staff istana yang turut dipenjarakan atas alasan merancang hendak meracuni raja. Seorang tukang buat roti dan seorang tukang buat air. Mereka juga bermimpi. Apa lagi terus jumpa Nabi Yusuf untuk menjelas dan menghuraikan makna mimpi mereka. Tukang pembuat air bermimpi ia memerah anggur untuk dibuat arak. Manakala tukang menyediakan makanan bermimpi menjunjung roti di atas kepalanya dan ada kawanan burung datang memagut-magut dan mematuk roti tersebut. Apa makna mimpi tu ya?? Jom dengar apa jawapan Nabi Yusuf.
Sebelum menghuraikan makna mimpi mereka, Nabi Yusuf ambil peluang berdakwah kepada mereka tentang ketauhidan dan ketuhanan. Baginda menerangkan kepada mereka bahawa ilmu ta'bir mimpi yang dimilikinya adalah anugerah dan pemberian Allah swt. Al ustazah menekankan di sini sikap yang harus ada pada diri para pendakwah iaitu sentiasa memanfaatkan peluang dakwah yang ada. Ada ruang dan peluang sahaja, pendakwah akan menyampaikan dakwahnya tak kira dalam keadaan dan situasi apa pun. Lihat, Nabi Yusuf tetap berdakwah walaupun terkurung di dalam penjara. Bagaimana dengan kita? Semua kita adalah para da'ie yakni pendakwah yang diperintahkan menyeru berbuat baik dan melarang dari kejahatan dan kemungkaran. Barulah Islam terus kuat dan tersebar luas sehingga membawa manfaat yang besar kepada ummah.
Kepada tukang pembuat air istana, Nabi Yusuf as katakan padanya bahawa dia akan terus bekerja sebegai tukang pembuat air di dalam istana. Maknanya dia masih ada peluang menyambung tugasnya di istana. Manakala si pembuat roti pula pula akan dihukum bunuh dan pancung oleh sang raja. Burung-burung yang memagut roti di ata kepalanya bermaksud, setelah kepalanya dipancung, burung-burung akan datang memagut isi kepalanya. Wallahu A'lam Bis sowab.
Bagi yang ingin mengetahui kisah selanjut berkenaan Nabi Yusuf ini, sila join slot kisah teladan ni pada Hari Ahad akan datang, jam 9 malam. Sekadar kongsi ilmu. kalau ada salah silap, ana mohon keampunan dari Allah.

0 comments:
Post a Comment