Mengenali Allah kemudian mencintai dan mentaatiNya itu adalah asas yang paling utama dalam hidup kita. Kerana Dialah Pencipta kita semua. Seluruh makhluk. Kerana Dialah yang mengatur kehidupan dan keperluan kita. Kerana Dialah yang paling mengasihi kita. Kerana Dia lah tumpuan dan maksud segala doa, hajat dan usaha. Tiada selainNya. Alhamdulillah..., yang dengan nikmatNya sempurnalah segala kebaikkan.
Mengenali, mencintai dan mengikuti Nabi saw pula adalah asas kedua yang terpenting selepas itu. Sebab baginda saw lah yang telah mengenalkan kita kepada Allah, Tuhan pencipta kita yang wajib disembah. Lihatlah kepada mereka yg menolak dakwah Nabi saw. Lihatlah kepada siapakah yang mereka persembahkan 'Taqarrub' dan Ta'abbud' mereka? Pada batu dan berhala yang bungkam bisu. Yang tidak berupaya memberi manfaat maupun mudharat.
Terimakasih ya Rasulallah yang telah mengenalkan kami kepada Allah, Tiada Tuhan selain Dia.
Berikutnya kita diperintahkan Allah dan rasul supaya mengenali, mengasihi dan mencontohi ahli keluarga Nabi saw dan para sahabat yang mulia lagi diredhai. sesungguhnya besar jasa dan pengorbanan mereka terhadap agama. Bersama Rasul saw, mereka berjuang, mempertahan dan membela agama. Untuk Allah dan rasul, mereka pertaruhkan harta, masa, jiwaraga hatta nyawa. Demi Islam, mereka telah mengembara segenap pelosok alam. Mereka umpama bintang-bintang yang bergemerlapan di angkasa raya.
Silap besar dan ketololan yang nyata bagi mereka yang tidak berusaha mengenali untuk mengenali kebaikkan dan sumbangan mereka kemudiannya langsung membenci dan memusuhi mereka tanpa usul periksa. Ketololan itu kerena membenci mereka-mereka yang sangat dicintai Allah dan rasulNya.
"Umat ini terbahagi kepada empat golongan," luah Imam As Sya'biy.
"1) Golongan yang sayangkan Ali tetapi membenci Uthman.
2) Golongan yang sayangkan 'Uthman namun membenci 'Ali.
3) Sayang terhadap kedua-duanya.
4) Benci terhadap kedua-duanya.
Dan aku (Asy-Sya'biy) bertanya (pada dirinya sendiri) : "Kalau begitu siapakah kamu?." "Aku membenci terhadap mereka yang membenci keduanya..," kata Imam Sya'biy menutup bicara.
Seterusnya agama mengajar kita agar mengasihi dan berbuat ihsan terhadap kedua ibubapa. Siapa kita tanpa jasa, pengorbanan, titik peluh dan airmata mereka? Asbab merekalah kita dapat melihat bulan matahari, langit yang membiru, bumi yang terhampar dan laut yang terbentang. Ya, sekalipun mereka kekal di wilayah kekufuran. Ihsan itu tetap dituntut dari sekelian anak-anak tanpa sebarang alasan. Manakala kekufurannya kembali atas dirinya sendiri. Antaramereka dengan Allah.
Firman Allah SWT di dalam surah Lukman ayat 14:
Maksudnya : " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ".
Dan akhirnya, kita disuruh supaya mengasihi dan bersahabat dengan golongan Abrar dan solihin. Kita dilarang membenci mereka. Kenapa? Kerana kuat atau lemahnya pegangan agama seseorang itu merujuk kepada siapakah sahabat dan rakan taulannya. Berkawan dengan para solihin akan menyuburkan iman kita, akan mengelokkan pekerti kita, akan membantu memudahkan perjalanan kita menuju Allah.
“Seseorang itu mengikut agama kawannya, maka hendaklah seorang kamu memperhatikan dalam memilih kawannya.” [Riwayat Abu Daud]

0 comments:
Post a Comment