INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 6, 2009

PENINGKATAN JUMLAH PESAKIT MENTAL

PETALING JAYA: Kalau sahabat2 masih ingat 'posting' ana pada 30 Mac lalu berkenaan laporan peningkatan jumlah pesakit mental dan gangguan jiwa oleh Pakar Perunding Psikologi & Perubatan Jiwa dari Kedah Medical Centre (KMC), maka pada hari ini juga media (BH Online) melaporkan berita yang sama. Inilah fenomena baru yang kita amat bimbangkan. Kenapa? Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Mohd Hussain Habil berkata:

1. Jumlah mereka yang mengalami tekanan mental akibat hilang pekerjaan mula menampakkan peningkatannya.

2. Dalam tempoh dua bulan lalu, jabatan itu mencatatkan peningkatan 20 peratus pesakit yang ingin mendapatkan rawatan bagi masalah berkenaan.

3. Jumlah ini akan bertambah pada bulan-bulan akan datang sekiranya keadaan ekonomi terus muram dan semakin banyak pekerja ditamatkan perkhidmatan.

4. Perkara ini sepatutnya menyedarkan kerajaan mengenai pentingnya isu berkenaan ditangani dengan segera sebelum ia mencetuskan masalah sosial yang lebih besar. Mereka yang dibuang kerja bukan hanya perlu diberi pekerjaan lain, tetapi juga dipenuhi keperluan mereka daripada segi sosial dan emosi.

5. Sekiranya tindakan segera tidak diambil bagi memenuhi keperluan emosi mereka yang diberhentikan kerja, negara perlu membayar harga yang tinggi iaitu dalam bentuk kekacauan sosial dan keruntuhan rumah tangga.

Fakta: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan lebih 26,000 pekerja sudah ditamatkan perkhidmatan sejak bulan lalu.







0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial