INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, April 3, 2009

JANGAN SERTAI SPEEDZONE TOUR! - JAWI







KUALA LUMPUR:

Kita puji pihak JAWI yang berusaha keras melaksanakan peranannya "menyelamatkan aqidah & akhlak ummah" yang semakin hari terdedah dengan pelbagai liku dan cabaran. Pihak JAWI sedar inilah tanggungjawab berat yang harus dipikul demi memelihara kesucian Islam dan kesejahtraan umat Islam.

Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar, berkata:

1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi amaran dan melarang umat Islam menyertai acara Speedzone Tour yang akan berlangsung esok di Menara Kuala Lumpur (KL) kerana didakwa membabitkan pesta arak.

2. Larangan ke acara yang sudah masuk tahun keempat itu dibuat berikutan aduan orang ramai mendakwa lebih 80 peratus pengunjung adalah remaja Islam yang pulang dalam keadaan mabuk serta tanpa segan silu berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh.

3. Berdasarkan laman web www.speedzonetour.com, acara itu dianjurkan Speedzone Entertainment dengan kerjasama beberapa syarikat termasuk syarikat arak terkemuka, Carlsberg sempena Perlumbaan Grand Prix F-1 Malaysia di Sepang, Ahad ini. Ia dijadualkan berlangsung esok bermula jam 6.00 petang hingga 3.00 pagi dengan harga tiket RM48 atau RM68 dan hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dibenarkan masuk.


2 comments:

Irwan said...

Tahniah kepada JAWI! Mari kita sebar-sebarkan kepada semua umat Islam, http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2618872.asp

yusofsmartsaid...

sekadar larangan jangan? kenapa tak di sertakan penguatkuasaan?

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial