INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, April 9, 2009

KU MAAFKAN SETULUSNYA


Untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, apakah kita telah bersedia untuk memberikan kemaafan kepada seseorang yang pernah berbuat salah, menyakiti dan mengguris perasaan kita??

Ohh, dalam jiwa kita yang masih nakal-nakal dan nafsu yang belum matang ini masih terasa amat berat sekali untuk mencetuskan sebuah kemaafaan, walhal memberi kemaafan itu adalah satu perjuang
an dan pengorbanan bagi melaksanakan perintah Allah juga di antara sunnah Rasulillah saw yang sangat dianjurkan. Kebanyakkan manusia kecuali para mukminin lebih memilih untuk terus 'tidak memaafkan', terus berdendam dan memutuskan silaturrahim kerana keputusan untuk berdamai dilihat sebagai tidak popular manakala memberi maaf dianggap sebagai 'telah kalah' dan 'tidak hero'. Bimbang kut-kut nanti heroin kata tak macholah main maaf-maaf ni. Lebih teruk lagi andai menifesto 'tidak mahu memaafkan' itu diteruskan 'penguatkuasaannya' oleh anak-anak dan cucu-cucu tanpa tahu punca masalah dan hujung pangkalnya. Kira perpatah aranglah tu.












Yang peliknya, kita mahu pula kalau Allah swt memaafkan salah-silap kita. Kita suka pula andai orang lain memaafkan kekhilafan dan keterlanjuran kita, namun untuk kita memberikan kemaafan, tidak sekali! Lalu, berlalulah hidup kita, saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, sehari ke sehari di dalam murka Allah dan laknat sekelian makhluk. Wal'iyazu billah thumma A'uzubillah. Tindakkan itu adalah diharamkan agama kerana tidak mahu memberikan kemaafan lebih-lebih lagi setelah kemaafan dipinta bermakna memilih untuk terus memutuskan silaturrahim. Tidak masuk syurga si 'pemutus' yakni pemutus silaturahim.


Inilah yang cuba dingatkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: "Wahai anak Adam, antara kamu dan Allah ada (kedapatan) dosa-dosa yang yang tidak digetahui keadaan dan jumlah sebenarnya melainkan Allah. Pastinya kamu sangat suka dan amat gembira andai Allah mengampuninya. Kalau benar kamu suka Allah mengampunkan dirimu, maka berikanlah keampunan kapada hamba-hambaNya dan kalau kamu suka Allah memaafkan dosa-dosamu itu, maka berikanlah juga kemaafan kepada hamba-hambaNYa. Kerana kurnia dan ganjaran Allah ke atas adalah menuruti jenis kebaikkan (amalan) yang kita lakukan sesama manusia.


Pada setiap malam, sebelum melabuhkan diri di kamar tidur, berbuatlah sesuatu yang boleh mengundang rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah ke atas diri kita. Boleh jadi, mata kita akan terpejam buat selama-lamanya.

Berusahalah pada setiap malam untuk melapangkan minda dan jiwa kita dengan memberi kemaafan dengan mengungkapkan: "Ya Allah ya Tuhanku, mana-mana hambaMu, baik lelaki maupun wanita yang menyayangi diriku dan berdoakan untuk keselamatanku, maka bimbing dan pimpinlah ia ke Jannatul Firdausmu yang tinggi dan mana-mana hambaMu, baik lelaki maupun wanita yang pernah menzalimi, mengumpat atau menfitnah diriku atau mengatakan sesuatu perkara yang tidak ada pada diriku, maka dengan lapang dada sepenuh redha memberikan kemaafan ke atas mereka setulusnya dan keserahkan segalanya padaMu ya Allah".

Seandainya esok masih ada, insya Allah, barakah memberikan sebuah kemaafan pada malam tadi akan dibalas Allah secara tunai buat dirimu berupa kebahgiaan dan ketangan jiwa yang tidak dapat digambarkan. Kama tudi-nu Tudan. Wallahu A'alam.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial