PUTRAJAYA 13 April - Usaha mengangkat dan meningkatkan peranan Masjid sebagai "Pusat Sehenti" masyarakat Islam setempat sememangnya satu usaha yang mulia dan amat dihargai. Ini kerana fungsi masjid sebagaimana yang dihayati Nabi saw dan para sahabat adalah bersifat 'Mesra Ummah' yang sekaligus menegak dan menyemarakkan penghayatan Hablum minaLLah dan Hablum minan nas secara tersusun dan terancang.
Sehubungan itu, Mesyuarat MPI (Majlis Perundingan Islam) kali ke 2 baru-baru ini dilaporkan telah membincangkan cadangan penubuhan koperasi di masjid-masjid di seluruh negara yang dilihat mampu menjana ekonomi masyarakat Islam.
"Kita sebenarnya mempunyai kekuatan kerana orang Islam ramai dan kawasan masjid dikelilingi oleh penduduk beragama Islam, jadi mengapa kita tidak kembangkan dalam bentuk koperasi. Dalam hal ini, kita akan bekerjasama dengan Angkatan Koperasi (Angkasa) yang telah bersetuju menyediakan model koperasi yang sesuai. Sehubungan itu, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu masjid-masjid yang berpotensi bagi dijadikan projek perintis koperasi berkenaan", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang kini bertanggungjawab menjaga portfolio hal ehwal Islam.
0 comments:
Post a Comment