Keindahan, kesyahduan dan keceriaan pagi adalah anugerah Allah buat sekelian makhluknya. Selangselinya tasbih dan tahmid sang mergastua menambahkan lagi ketenangan dan kedamaian yang sejati. Sekelian makhluk diberi peluang besar untuk satu hari lagi buat menatap dan menyaksikan semua keindahan itu lantas terarah mengingati dan memujiNya lalu segera mentaatiNya. Esok belum tentu ada peluang dan anugerah besar seumpama ini. Pagi selalunya dikaitkan dengan sumber keberkatan dan penghasilan rezeki. Nabi mendoakan keberkatan buat umat yang menghidupkan awal paginya dengan amal yang berfaedah.
Bukan hanya manusia bahkan sang mergastua juga turut bergegas tinggalkan sarangnya. Penuh keyakinan dan bertawakkal kepada Allah demi mencari limpahan rezeqiNya. Allah dan RasulNya menjelaskan para mukminin memulakan awal pagi dengan hamdalah atas nikmat kehidupan, kemudian beristighfar atas segala kesilapan dan kekhilafan, kemudian beribadah di penghujung malam, kemudian solat Subuh melangsaikan kewajipan, kemudian bingkas dalam tawakkal mengutip keberkatan dan meraih rezeki dan nikmat pemberian Tuhan. Ya, seorang mukmin tidak akan meninggalkan azam, tawakkal, berusaha dan berdoa.
Bertawakkal yakni berserah dan yakin penuh kepada Allah Ar Razzaq sebagaimana tawakkalnya sang burung yang keluar pagi dalam keadaan temboloknya kosong dan saat pulang ke sarang ia pulang dalam keadaan temboloknya sarat penuh. Burung mengajar kita supaya bertawakkal pada Allah, yakin adanya rezki dan sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkannya. Pelik melihat orang yang yakin rezeki Tuhan namun terus saja membuta, melingkar macam ular sawa sehingga Zohor menjengah. Malu pada sang burung. Ini bukan tawakkal namanya. Ini tawakul jadinya.
Berbekal kesedaran dan keyakinan bahawa mencari sumber atau 'harta' yang halal itu ibadah dan kewajipan, membelanjakannya pula untuk seisi keluarga itu sedekah, mendermakan sebahagiannya untuk kepentingan ummah itu adalah jihad dan infaq fi sabilillah manakala penat lelah sepanjang hari untuk mendapatkannya pula adalah Kaffarah . Ya, mengkifaratkan kesalajhan-kesalahan lalu, maka muslim mukmin membelah keheningan pagi penuh bersemangat bagaikan sang pahlawan.
Andaikata, Allah menjemputnya dalam keadaan sedemikian, yakni saat ia berpegang teguh kepada prinsip, adab dan maqasid Islam yang syumul itu, maka matinya adalah mati yang mulia. Kembalinya sebagai kembali pejuang di jalan Allah. Inilah ungkapan yang sering berkumandang di telinga para mukminin: "..'Ish 'Azi-zan Au Mut Syahi-dan",.."hidup mulia atau mati syahid".
Sekuat mana pun tenaga empat kerat yang kita hamburkan dalam usaha mencari kurnia Allah, sekali lagi kita tegaskan jangan lupa kefardhuan asas kita yang utama iaitu mendirikan solat. Sampai waktunya, maka bingkaslah membersihkan diri dan solatlah bersama hamba-hamba yang solat. Kenapa kita berbuat demikian? Kerana realitinya, ramai muslim yang berhempas pulas mencari kurnia Tuhan sehinggakan sanggup neninggalkan suruhan dan perintah Tuhan manakala laranganNya diredah sesuka hati. Kita makan rezeki Tuhan, namun kita langgar sesuka hati hukum-hakamNya.
Apakah ini selayaknya balasan kita terhadap jasa, anugerah dan kasih sayang Allah swt kepada kita selama ini? Kita kaut rezeki Allah semahu-mahunya, namun kita menderhakaiNya siang dan malam. Ditakuti malah sangat-sangat ditakuti, apa kelebihan dan anugerah yang dicapai seseorang dengan cara ia menderhakai dan membelakangkan Allah swt itu, hakikatnya di namakan ISTIDRAJ, bukannya lagi nikmat yang dilatari dan bersendikah rahmat Ilahi. ISTIDRAJ adalah sesuatu perkara yang didapati dimiliki seseorang dalam keadaan dia menderhakai Allah swt. Harta dan asetnya macam nampak banyak dan melimpah ruah, namun dia mengabaikan hukum hakam Allah. Maka, apa yang dia dapat, semuanya di dalam kemurkaan Allah yang akhirnya Allah akan membenamkannya ke dalam siksa yang berat. Mohon dilindungi Allah.
Ya Allah, sekiranya rezeki kami di langit, maka turunkanlah ia, jika rezeki kami di bumi, maka keluarkanlah ia, jika rezeki kami itu jauh, maka dekatkanlah ia, jika rezeki kami sedikit, maka banyakkanlah ia.

0 comments:
Post a Comment