INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 29, 2009

GARA-GARA PESAKIT BERNAFSU


KUANTAN: Sakit atau apa jua musibah yang mengenai diri kita merupakan tanda kasih sayang Allah. Allah bermaksud membersih dan mengkaffarahkan segala dosa dari dalam diri kita supaya kita benar-benar kembali bertemuNya dalam keadaan bersih zahir dan batin. Inilah yang harus difahami supaya kita menerima segala ujian musibah tadi dengan hati terbuka. Hati yang redha. Berlapang dada bahkan sangat bersyukur kepadaNya.

Benarlah sebagaimana yang dikata bahawa seorang ibu yang sabar dan redha menanggung betapa sakitnya melahirkan anak tercinta, andaikata Allah mengambil nyawanya, maka pulanglah dia kepada Allah dengan pahala syahid akhirat. Kerana, dengan sakit yang ditanggung itu menjadi kaffarah dan kasih sayang Allah untuk dirinya.


Ya, kita ulangi sekali lagi. Bila kita ditimpa sakit contohnya, maka kita sepatutnya jadi insaf dan bernuhasabah diri. Sakit sepatutnya menjadikan diri kita lebih ingat dan lebih dekat kepada Allah swt. Bukannya jadi 'gila meghaban' tambah dosa baru pula. Inilah ceritanya. Sendiri mahu ingat.

Gara-gara terlalu lama menunggu untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki yang mengalami sakit kulit memasuki tandas wanita di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh, dan mengintai seorang jururawat pelatih membuang air kecil, Rabu lalu. Inilah yang dikatakan nafsu. Dia memang suka aktivitimacam ni. Syaitan pergi tuang petrol pula. Apa lagi? Menyala sakanlah syahwat kebinatangan. Waktu tu, badan berkurap berkudis pun boleh lupa. Terasa macho macam Tom Cruise. Tak gitu? Sebab itulah Islam datang dengan kaedah dan apnduan yang terbaik bagaimana hendak mengekang dan mendidik nafsu yang tak pernah puas itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, seorang daripada jururawat pelatih terbabit berada dalam bilik air, manakala seorang lagi mencuci muka di sinki tanpa menyedari kehadiran suspek. Lelaki terbabit dikatakan membongkokkan tubuh dan mengintai jururawat pelatih berusia 21 tahun melalui bawah pintu bilik air, sebelum rakan mangsa melihat kelibat lelaki terbabit dan menjerit meminta tolong. Tolong! Tolongg!

Suspek yang terkejut dengan jeritan itu kemudian melarikan diri sebelum dikejar dua jururawat pelatih terbabit sehingga ke bilik pengawal keselamatan. Akhirnya tertangkap jua. Seorang pengawal keselamatan yang bertugas berjaya menahan suspek sebelum menghubungi polis untuk melaporkan mengenai kejadian itu. Mudah-mudahan saudara kita tu insaf, beristighfar dan memohon ampun kepada Allah kerana Allah jualah Yang memberikan keampunan terhadap hamba-hambaNya.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial