INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 8, 2009

MENURUTI JEJAK KEKASIH ALLAH

Malam itu, Muhammad ibnul Warsaq Ibnu Abi Hatim bermimpi. Subhanallah! Mimpi Mubasyyirat. Mimpi gembira dari Allah swt. Demikianlah mimpi para solihin. Sarat dengan pengajaran lagi menyuntik keinsafan. Layar mimpinya kali ini memaparkan seorang lelaki yang paling mengasihi dan mencintai Allah dan mengenai seorang lelaki 'Ajam yang sangat mencintai Rasul saw dan Rasulullah juga pasti amat menyintainya.

Siapakah yang Ibnul Warsaq lihat di dalam mimpinya? Siapakah yang dimaksudkannya? Ya lah! Itulah kelibat Imam Al Bukhari Rahimahullah yang sangat jelas. Tak syak lagi, memang dialah. Dialah tokoh ternama Islam lagi mahsyur, berdarah 'Ajam kelahiran tanah Bukhara, Uzbekistan sana.

Tampaknya, Imam Bukhari berjalan di belakang seseorang. Tapi siapakah lelaki yang berjalan di hadapannya itu? Kenapa belaiu perlu terus melangkah, menuruti jejak lelaki itu satu persatu?




Subhanallah! selangkah di depan Al Imam, berjalan gagah, mengatur langkah sosok tubuh yang sasa lagi indah bercahaya. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah saw, Kekasih Allah, semulia-mulia anak Adam itu?? Solla 'alaikaLLah ya Habiballah.

Masya Allah, Imam Al Bukhari bukan sahaja mengikuti Nabi saw dari belakang, bahkan beliau telah melakukan sesuatu yang hebat yang akhirnya membuka fikiran kita dan menjadi petunjuk betapa demikianlah jawapan dan bayangan kepada seluruh pengabdian, hidup, perjuangan dan pengorbanan beliau memelihara, menjaga dan memperjuangkan sunnah (hadis) Nabi saw..

Ibnul Warsaq menyambung: "Setiap kali Nabi saw mengangkat tapak kakinya, Imam Al Bukhari akan serta merta meletakkan pula tapak kakinya pada tempat pijakkan Nabi saw tadi". Demikianlah seterusnya. dan demikian jugalah kebenarannya. Seluruh hidupnya telah ditumpahkan kepada usaha pencarian, penyaringan, pengumpulan hadis Nabi saw sehingga kitabnya, Sahih Al Bukhari menjadi kitab kedua yang paling sahih (benar) selepas Al Quran. Terimakasih padaMu ya Rasulallah yang tercinta. Terimakasih padamu, duhai al Imam yang besar jasanya kepada sekelian umat akhir zaman.

Marilah kita sedaya upaya berusaha mengikuti jejak langkah baginda saw, menghayati segala pesanan dan nasihatnya, menyintainya saban waktu hingga sampai saat ketemu, sebagaimana yang dilakukan oleh Al Imam Bukhari Rahimahullah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial