Assalamu'alaikum..;
Apa kahabar semua? Jumpa lagi kita di hari ini. Moga hari kita ini jadi lebih baikk dari hari semalam. Semalam tak sempat post' apa-apa pun kat laman blog ini kerana satu hari suntuk turun ke Pesta Buku, PWTC memperomosikan buku 'Bawa Hatimu kepada Tuhan' di Booth Galeri Ilmu dan CD (VCD) ' ZIKIR MUNAJAT' di booth Inteam.
Sahabat seperjuangan, Ustaz Hasrizal (Abu Saif) dan Ustaz Zul Ramli pun sama-sama turun padang memperomosikan buku terbaru masing-masing. Gerai Galeri Ilmu sangat meriah tahun ini. Sungguh luarbiasa. Antara x faktornya ialah 'kehadiran dan sokongan' peminat-peminat dan komuniti Abu Saif.com. Bertemu dan berjumpa secara langsung dengan pendakwah maya tersohor seperti Ust Hasrizal sungguh mengujakan..
"Hari ni ana untung dapat tempias-tempias anta," kata saya pada Ustaz Hasrizal.
Dia tersenyum saja sambil berkata pada saya, "macam nilah kalau remaja dan muda-mudi di berikan ilmu yang mereka mahu tahu, mereka dahagakan tunjuk ajar dan pimpinan". Saya angguk bersetuju sangat dengan beliau.
Saya dimaklumkan oleh Bos jabatan buku GISB, En Azmin bahawa buku 'Aku terima nikahnya' bhg pertama telah enam kali diulang cetak. Kalau dulu orang ramai kata 'tsumawi' sewaktu demam Mawi melanda, kini Ustaz hasrizal tampil bersama satu fenomena baru namun sungguh positif dan berkesan. Mabruk Ustaz Hasrizal. Ucapan tahniah juga buat pihak penerbit, Galeri Ilmu Sdn Bhd. Usaha anda nampak berbaloi dan mudah-mudahan diredhai Allah. Amin.
Jutaan terimakasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah pun membeli buku-buku kami. Sokongan dan doa anda semua sanagat kami hargai dan tak akan kami lupakan. Hari ini, hari penutup Pesta Buku untuk tahun ini. Hadirlah beramai-ramai ke booth Galeri Ilmu no 82 dan dapatkan buku-buku motivasi terbaik, insya Allah. kITA BERJUMPA LAGI HARI INI, INSYA ALLAH. Juga jangan lupa menjengah ke booth Inteam, bersebelahan saja dengan booth Galeri Ilmu. Semarakkan ilmu! Semarakkan Dakwah! Semarakkan Jalinan Ukhuwwah. 'Bawa hatimu Kepada Tuhan'. Itu semestinya.

0 comments:
Post a Comment