INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 20, 2009

TIDUR SELAMA-LAMANYA

BHEZAD KHEIL: Tidur itu saudara kematian. Demikianlah penjelasan Nabi Muhammad saw, Rasul pilihan. Dalam kandungan doa yang kita amalkan sebaik sahaja kita bangun tidur memberi kefahaman bahawa Allah mengurniakan kepada kita kehidupan setelah kita di 'mati'kan yakni merujuk kepada situasi seorang yang sedang tidur bagaikan orang yang 'mati' kerana tidur adalah saudara kematian.

Untuk lebih memahami lagi bahawa tidur itu saudara kematian, cuba kita lihat perumpamaan berikut:

Seorang yang mungkin mahu memecah rekod untuk tidak tidur beberapa hari akhirnya mengalah juga dan mengaku tidak mampu untuk berjaga selama-lamanya kerana tidur itu sifat seorang hamba lagi fitrah makhluk ciptaan Allah. Yang tidak letih dan tidak tidur-tidur hanyalah Allah swt yang Gagah lagi Maha Berkuasa. Demikian halnya bagi manusia. Dia sama sekali tidak boleh hidup selama-lamanya dan pastinya tidak berdaya untuk menahan dirinya dari tidak mati kerana mati itu Haq walaupun dia telah menelan pelbagai suplement yang mahal-mahal dan dijaga 24 jam oleh barisan doktor yang pakar dan bertauliah kerana memati dan menghidupkan itu sebagai mutlak milik Allah.

Seseorang itu juga tidak akan mampu untuk tidur berlama-lama, berjam-jam lebih dari kadar kelaziman kerana ia merbahaya dan memudharatkan tubuh. Semalas manapun seseorang untuk bangun dari tidur, akhirnya ia terjaga juga dari tidurnya kerana dia tak mampu untuk tidur lagi. Paksalah untuk tidur macam mana, pun ia tak boleh tidur kembali melainkan diberi ubat tidur, maka jadilah tidur itu tidak fitrah lagi dan terkadang amat membahayakan serta boleh membawa maut.

Demikian juga, manusia tidak akan tinggal di dalam Barzakh buat selama-lamanya. Dia tidak akan mati selamanya-lamanya kerana hayat kematian juga bakal ditamatkan Allah swt. Berapa lama pun seseorang terkurung atau transit di alam Barzakh, akhirnya ia akan dibangkitkan juga untuk berkampung di negara abadi.

Terkadang seorang yang tidurnya amat nyeyak hingga amat susah dikejutkan disebut sebagai 'tidur mati'. Dan yang paling menakutkan lagi menginsafkan bilamana seorang yang malam tadi tidurnya penuh keceriaan macam orang lain, namun di pagi hari dia didapati sudah tidak bernyawa lagi. Bermakna sendaguraunya semalam adalah senda guraunya yang terakhir. tidurnya malam tadi adalah tidur yang terakhir. Hidangan dan juadahnya malam tadi adalah juadahnya yang terakhir dan solat Isyanya juga malam tadi adalah solat Isyanya yang terakhir dipersembahkan kepada Allah swt.

Alangkah berbahagia, beruntung dan bertuahnya badan andai perilaku tidurnya malam tadi adalah perilaku tidur orang yang beriman yang dihiasi dengan wudhuk dan diakhiri dengan doa, istighfar, zikrullah dan taubat Nasuha.

Beberapa hari lalu kita dilaporkan berkenaan dua gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan sekuat magnitud 5.5, yang membantai empat perkampungan di kawasan berbukit di wilayah timur Nangarhar, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Pakistan.

Gempa itu meruntuhkan rumah yang diperbuat daripada batu lumpur dan menghempap penghuninya yang sedang nyenyak tidur, mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban.

"Mangsa yang terkorban telah dikebumi dalam sebuah kubur, termasuk dua jirannya yang masih muda. Nijad, 10 dan Sima, 7, meninggal dunia apabila bumbung di bilik atas rumah mereka menghempap mangsa, " cerita saudara Shafiqullah dari kampung Bhezad Kheil.

Fakta: Gempa itu memusnahkan kira-kira 100 rumah di empat perkampungan di daerah Sherzad, kira-kira 90 kilometer di timur Kabul, kata jurucakap gabenor, Ahmad Zia Abdulzai.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial