INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, April 26, 2009

Bagaimana hendak meraikan tetamu?












Amat bertuah
sekali andai kita dikunjungi tetamu. Bila tetamu bertandang dan hadir ke rumah kita, maka ia datang bersama rezeki dan pulangnya bersama pengkifaratan dosa-dosa kita, mudah-mudahan. Bila tetamu datang ke rumah kita bermakna Allah hendak memberi kebaikkan dan hasanat yang banyak pada kita semua.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).

Bilakah akhir sekali rumah kita dikunjungi tetamu? Menurut hadis Nabi saw di atas bahawa persoalan melayani dan memuliakan tetamu itu ada kaitan dengan persoalan iman kepada Allah dan hari Akhirat. Menyambut, menerima, melayani tetamu itu itu adalah perintah Allah dan Rasul saw. Ia adalah sunnah rasulullah saw yang mulia.

Sekiranya ada orang yang tak minat dan tak suka menerima tetamu itu, itu masalah yang lain. Mungkin dia ada sebab dan alasanya yang tersendiri. Apapun, terlepaslah ia dari satu amalan yang mulia yang menjadi kecintaan para solafus soleh silam. seorang yang tidak memuliakan tetamunya
menunjukkan betapa imannya kepada Allah dan hari akhirat belum benar-benar sempurna.

Sebenarnya, ajaran Islam yang syumul bukan sahaja telah menggariskan adab-adab bertamu bahkan adab-adab menerima tetamu juga.


Ditanyakan kepada Al Imam Auza'iy, "apakah yang dikatakan Ikram Dhuyuf (memuliakan tetamu) itu?."


Beliau menjawab: " Manis muka dan elok bahasa (percakapan)".

Manis muka dan elok bahasanya pihak tuan rumah pada tetamu itu sudah menjadi petanda yang jiwanya redha dan ikhlas untuk menerima tetamu dengan seadanya. Kalau hati tak ikhlas, wajah tuan rumah mungkin sahaja masam mencuka. Kalau senyum pun tampak tawar dan sumbing sahaja. Kalau masak kat dapur pun, main cincai-cincai sahaja. Sodek dengan sengaja dan penuh emosi diketuk kuat-kuat kekuali tanda protes kat suami. Sekadar contoh.

Ada suami isteri suka menerima tetamu. Ada yang lain, suami sahaja atau isteri yang suka menerima tetamu manakala pasangannya tidak. Lagi teruk, dua-dua suami isteri jenis tak minat nak terima tetamu. Apa nak dikata?


'Pranggg!!", bunyi gelas jatuh berkecai ke lantai, namun suara isteri di dapur tak kedengaran. "Amboooi tikus nii. Memang nakai sungguhhh. Memang tikus kat rumah ni boleh tahan nakalnya", jelas suami pada tetamu kat ruang tamu rumah, walhal kat dapur sana, memang ada seseorang yang sengaja memecahkan gelas itu kerana hatimya memang sangat tak selesa dan tak berminat menerima tetamu.

Ya, hidup ni ibarat roda.. Bagi yang tak suka menerima dan melayani tetamu, apakah perasannya kalau dia tidak dipelawa, disabut, dilayani dan diraikan sewaktu bertamu ke rumah orang lain? Sudah tentu kita rasa tak selesa, rasa tak sedap hati. Maka, Islam mengajar kita, apa yang kita suka orang lakukan pada kita, maka kita juga kenalah suka berbuat demikian pada orang lain.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial