Orang yang tidak tidak tahu mengasihi, sesungguhnya ia tidak layak dikasihi. Demikian intipati pengajaran Rasul saw. Selain perintah agama supaya kita hidup berkasih sayang dan berbelas kasihan, fitrah semula jadi manusia juga turut mengiyakan dan menyetujuinya. Hati kecil manusia suka mengasihi dan dikasihi. Tanyalah kepada sesiapa pun. Hatta seorang perompak dan penjenayah sejahat mana pun, dia mahu dikasihi. Di sayangi. Diberi perhatian.
Tetapi, kenapa hanya mahu dikasihi, namun tak mahu mengasihi? Kenapa hanya mahu diberi namun tidak mahu memberi? Part nak beri kasih sayang nilah yang ramai gagal dan tak kesampaian. Inilah persoalannya.
Kenapa? Walhal menurut sifu Pahrol Mohd Joui (Genta Rasa. Com) , hukum dan rukun untuk hidup berkasih sayang dan mahu dikasihi itu ialah terlebih dahulu belajar untuk mengasihi. Sama seperti hukum andai kita tidak mahu diri kita dihina maka janganlah terlebih dahulu menghina orang lain.
Apa yang berlaku seolah-olah fitrah mahu diri dikasihi itu ada dan hidup dalam naluri semua bahkan manusia berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya. Namun yang peliknya, fitrah untuk berbelas kasihan dan mengasihi pula seolah-olah dibuta dan dimatikan.
Lihat. Betapa, anak-anak mengasihi dan sangat menyayangi ibubapa mereka kerana ibubapa terlebih dahulu bersungguh-sungguh, berhabis-habisan memberi kasih sayang bahkan menjadi model (teladan) kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Kenapa ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka? Kerana merekalah ibubapa beriman yang patuh pada ajaran alquran dan sunnah selain sentiasa mendengar rasa hati mereka yang murni. Kerana mereka sedar anak-anak adalah belahan hati mereka yang merupakan amanah Allah yang besar terpikul dibahu-bahu mereka.
Bagaimana pula dengan ibubapa yang tidak beriman? Ah, mereka bukan sahaja membelakangkan ajaran dan pengajaran Islam yang bersumberkan al quran dan sunnah, bahkan mereka juga turut 'memati' dan 'memandul' rasa hati kecil atau rasa yang tulus di dalam sanubari mereka. Bilamana 'rasa' dan cetusan hati kecil yang sukakan hidup harmoni dan kasih sayang itu diabaikan dan ditendang entah ke mana-mana, maka lahirlah individu-individu yang tolol, pasif lagi amat kejam. Bilamana ibu dan ayah menjadi kejam, maka rumah yang sepatutnya menjadi benteng terakhir bagi kesejahteraan dan keselamatan hidup anak-anak tidak berfungsi lagi bahkan ianya hancur berkecai.
Saat dan ketika ini, berapa ramai lagikah anak-anak kecil yang tidak berdosa lagi tidak tahu apa-apa.., yang sedang mengaduh, menangis pilu. menjerit, merana hiba didera dan disiksa di rumah-rumah mereka?
Kejadian yang berlaku di GEORGETOWN sebagimana yang dilaporkan media masa semalam adalah satu contoh yang nyata bilamana fitrah semula jadi manusia yang inginkan kebaikan dimatikan.
Kejadian apa? Rangka tulang kanak-kanak yang dibunuh ditemui di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam.
Ekoran penemuan rangka itu, pihak Polis semalam menahan seorang bapa yang dipercayai mendera dan membunuh seorang anak perempuannya berusia tujuh tahun beberapa tahun lalu.

Rahsia pembunuhan kanak-kanak tersebut terbongkar, apabila polis menyoal-siasat tiga adik-beradik mangsa selepas menerima laporan berhubung penderaan yang dilakukan terhadap mereka oleh bapa mereka.
Lain-lain maklumat:
Lain-lain maklumat:
1. Hasil siasatan itu, tiga daripada 10 beradik itu mengaku pernah didera serta dicabul dan oleh bapa mereka.
2. Menurut kanak-kanak yang disoal itu, adik perempuan mereka yang dibunuh itu mempunyai kecacatan sejak lahir.
3. Bapa berkenaan kini direman dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul serta Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
4. Pakar Patalogi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, berkata rangka yang ditemui itu adalah milik kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 7 tahun.
5. Mayat ini dipercayai ditanam dua atau tiga tahun lalu dan ketika itu mangsa berusia lingkungan tujuh tahun," katanya.
6. Lelaki yang ditahan itu mempunyai tiga orang isteri dan kanak-kanak yang dibunuh adalah anak kepada isteri keduanya.
sumber: Bernama & sahabatamal

0 comments:
Post a Comment