INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, April 14, 2009

MANFAAT DAUN LALANG


SEREMBAN: Tiada yang sia-sia di dalam penciptaan Allah swt. Semua ada makna dan hikmahnya yang tersendiri. Apa anda fikirkan tentang daun lalang? Mungkin pernah kita dengar orang cakap, lalang ni buat semak saja ataupun jadikan makanan kat kerbau dan lembu saja. Itulah manfaat yang ada pun.

Namun, dengan kajian dan analisa yang berterusan, manfaat lalang sebenarnya lebih dari apa yang kita sangkakan.

Tahniah buat adik Nor Adibah Mohd Hadzir dan Nuradiza Rani, pelajar tingkatan empat, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), yang telah membuktikan potensi tumbuhan itu sebenarnya lebih daripada itu kerana ia mampu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat tumpahan minyak di laut. Berdasarkan kajian mereka, lalang menjadi bahan alternatif kepada 'oil boom', iaitu bahan utama yang sering digunakan syarikat minyak dan perkapalan untuk mengatasi tumpahan minyak.

"Kami kemudian menjalankan beberapa uji kaji sejak Januari lalu terhadap beberapa tumbuhan sebelum mendapati lalang amat sesuai untuk menyerap minyak. Antara kaedah yang dijalankan adalah dengan mengeringkan lalang yang kemudian dihancurkan mengikut saiz tertentu sebelum ditabur ke atas minyak yang tumpah untuk ia berfungsi menyerapnya".

Kajian dan penemuan itu membolehkan projek yang dinamakan ‘Natural Resources as an Oil Boom’, muncul juara keseluruhan Inovasi pada Karnival Sains, Inovasi dan Kejuruteraan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang berakhir kelmarin.

Sahabat Amal: Alhamdulillah! macam ni lah generasi ummah kita yang akan datang. Yang mencetuskan manfaat buat ummah tercinta bukan jadi macam 'lalang' yang bila angin tiup ke kanan, kananlah ia, kalau tiup ke kiri maka ke kirilah dia. Tak ada perinsip dan halatuju hidup. Terimalah pantun dua kerat ini: "Isilah masa dengan menganalisa dan mengkaji, Hentikanlah aktiviti mengumpat dan mengkeji".











0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial