INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, April 10, 2009

TAWARAN BIASISWA KE AL AZHAR, MESIR

KUALA LUMPUR: Ada adik-adi lepasan SPM dan STAM yang nak sambung belajar dekat Mesir? Ha, ini ada berita baikk punya. Ok, baca elok-elok tawaran berikut. Amanah Raya Berhad (ARB) dengan kerjasama Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan biasiswa kepada pelajar Islam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Pengajian Islam.


Info tambahan:

1. permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam yang memenuhi syarat kelayakan iaitu memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Syariah, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan subjek berkaitan.

2. Latar belakang dan sosio ekonomi keluarga seperti anak yatim, ibu bapa berpendapatan rendah dan jumlah adik-beradik juga diambil kira dalam proses pemilihan ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April ini. Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui portal web www.amanahraya.com.my atau menghubungi talian 03-20557373/625 untuk maklumat lanjut.

Tahniah kita ucapkan kepada ARB & Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atas usaha dan amalan yang mulia ini. Semoga tawaran ini akan diterus dan diperluaskan lagi pada masa-masa akan datang demi manfaat agama dan sekelian umat Islam.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial