INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, April 27, 2009

LAGI KHASIAT SUSU IBU



WASHINGTON:

"Bertuah dan berkat sungguh ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka," kata Mak Leha kepada menantunya, Junaidah yang sedang sarat mengandung dan sudah hampir 'due' untuk melahirkan anak pertamanya.

"Mmm..sebab apa mak?," serentak pertanyaan Junaidah dan suaminya, Bakhtiar.

"Yalah..bila siibu menyusukan anaknya, maka dia telah menunaikan amanah Allah ketas dirinya. susu badan itu bukankah amanah Allah?, jelas Mak Leha memberi ilmu kepada anak menantunya.

"Orang yang sempurnakan amanah tu, Allah akan muliakan dia dengan banyak kelebihan. Itu belum kira lagi yang menyusu itu adalah satu ibadah dan ada nilai sedekah yang tinggi," sambung mak Leha lagi.

"Tapi..makkan, zaman moden hari ni ramai ibu-ibu muda yang tak berminat lagi nak menyusu anak-anaknya," terang Junaidah memberikan maklumat.

"Haa, itulah ibu-ibu yang kurang faham dan tidak yakin dengan anugerah Allah ke atas dirinya. Allah nak bagi dia dan anak dia sihat, nak nagi pahala yang banyak kat dia, namun dia nak pahala tu. Rugiilah macam tu," terang Mak Leha penuh beremosi.

Terbaru kajian menunjukkan bahawa wanita yang menyusukan bayi mereka menambah satu lagi faedah kesihatan kerana amalan itu dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, sakit jantung atau angin ahmar. Wanita yang menyusukan bayi lebih setahun menurunkan risiko mendapat penyakit berkenaan sehingga 10 peratus berbanding mereka yang tidak pernah berbuat demikian malah proses penyusuan selama sekurang-kurangnya sebulan sudah cukup mengurangkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Salah seorang penyelidik, Dr Eleanor Bimla Schwarz, berkata: "Kita sudah lama tahu kebaikan menyusu untuk bayi dan ibu. Penyusuan ibu adalah cara penting tubuh wanita pulih daripada proses kehamilan. Apabila proses ini terganggu, wanita berkemungkinan mendapat masalah kesihatan termasuk serangan jantung dan angin ahmar."

Ketika menyusu mengurangkan risiko wanita diserang barah ovari, barah payu dara dan osteoporosis pada lewat usia mereka, bayi yang disusukan dengan susu ibu pula dilindungi daripada obesiti, diabetes, asma dan jangkitan telinga, perut dan dada. Selain mengurangkan risiko masalah jantung, menyusu selama lebih setahun turut menurunkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 12 peratus dan diabetes serta kolesterol tinggi sekitar 20 peratus.

Kajian menunjukkan menyusukan bayi mungkin mengurangkan risiko kardiovaskular dengan menurunkan lemak yang tersimpan dalam tubuh. Bagaimanapun, penyelidik penuh percaya bahawa kesan susu ibu itu lebih kompleks, dengan pembebasan hormon yang dirangsang oleh proses penyusuan turut memainkan peranan.

Demikian satu kajian dan penyelidikan para saintis di Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat seperti yang tersiar di dalam jurnal Obstetrics and Gynaecology. Kajian terbaru oleh sepasukan saintis itu memberi tumpuan kepada hampir 140,000 wanita yang sudah menopaus. Secara purata, sudah 35 tahun sejak wanita berkenaan menyusukan anak buat kali terakhir, menunjukkan faedahnya berkekalan selama beberapa dekad.




 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial