INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 22, 2009

'SEMINGGU TAK TENGOK TV' - FOMCA


PETALING JAYA: Bagi anak-anak kecil yang telah terpengaruh dengan ikon dan hero tertentu dari slot kartun di kaca TV, mereka sanggup duduk atau berbaring berjam-jam di depan TV. Saat itu nak suruh baca buku, tak usah cakaplah. Bila dah ke tahap 'ketagih', mulalah dia nak memberontak dan sangat beremosi kalau dihalang dari menonton TV.

Itu baru satu perkara. Yang lebih teruk, bilamana perangai buruk ikon dan hero-hero fantasi itu menjadi ikutan dan teladan. Keadaan makin bertambah buruk bila anak-anak meminta dan menuntut apa saja kostum, gambar pelekat, senjata mainan, t shirt, buku cerita yang digunakan oleh ikon dan hero fantasinya itu sebagaimana yang disaksikan di kaca TV.

Bagi remaja pula, mereka tak dapat dipisahkan dari rancangan hiburan realiti yang bertali arus di kaca TV. Lepas satu, satu. Lambakkan rancangan-rancangan hiburan ini tidak dinafikan telah menjadi 'ganja' yang sangat meleka dan mengkhayalkan bagi sesetengah remaja kita yang lemah asas agama.

Inilah isme baru yang diperjuangkan oleh pihak imperialis Barat iaitu budaya Hedonisme. Bukan sahaja banyak masa dihabiskan percuma untuk mengikuti perkembangan artis-artis pujaan itu, bahkan turut menghabiskan duit saku untuk melakukan undian sms. Kualiti masa untuk keluarga dan pelajaran apatah lagi masyarakat memang hancur.

Banyak berlaku dalam masyarakat, walaupun tetamu datang berziarah, namun anak-anak remaja tetap saja terus berbaring atau meniarap di depan TV menghabiskan slot kesukaanya dengan meninggalkan layanan dan sambutan pada tetamu yang hadir. akhirnya tetamu kena layan diri.

Bukan salah menonton TV namun yang salahnya kerana tiada panduan, pimpinan, jatidiri, pertanggung jawaban, didikkan dan perimbangan samada dari pihak pemilik lesen TV maupun para penonton. Bila tiada perimbangan, maka kehidupan harian akan semakin membimbangkan umpama kebimbangan kepada menipisnya lapisan ozon ataupun cairnya jumlah glasier (bungkah ais gergasi) yang banyak dari kutub utara. Kenapa? Kerana tiada perimbangan. Akhirnya kehidupan manusia bakal berdepan ketakutan dan kemusnahan.

Pagi ini saya ada membaca kempen menarik anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), dan ia sangat relevan sekali dengan 'post' kita kali ini. Kempen apa tu? Aha, Kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' yang bermula di seluruh negara bermula semalam hingga 27 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata program ini bukan bertujuan untuk menyalahkan televisyen tetapi satu daripada cara menyedarkan masyarakat bahawa banyak aktiviti bermanfaat perlu dilakukan bersama anak mereka seperti bersukan dan membaca dan merancang melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat.

“Malaysia adalah negara kedua di Asia yang menjalankan program ini selepas Jepun. Di Amerika Syarikat dan Eropah, ia bermula sejak 1995 dan mendapat sambutan sungguh menggalakkan," jelas beliau lagi.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial