Jom Jana Income di www.Mesti.my


Friday, November 20, 2009

USAH SUKA MENCEMUH ORANG LAIN


Syaikhuna, Datuk Hasyim Yahya




Read more...

Sunday, November 15, 2009

HADIRNYA MENGUATKAN ISLAM & MUSLIMIN

1. Beliau lahir pada tahun 40 sebelum Hijrah. Keislamannya bukan sahaja menguatkan Dinul Islam bahkan meyemarakan semangat juang sekelian As Sabiqunal Awwalun (mukminin mukminat terawal) juga telah menggerunkan jiwa musuh-musuh Allah dan rasul.
2. Cahaya hidayah yang menyimbah terang di relung jiwanya adalah berkat doa nabi Muhammad saw.

3. Beruntung dirinya kerana beroleh jaminan Rasulullah bahawa beliau tergolong dari kalangan sepuluh sahabat utama yang dijamin syurga (Al ‘asyarah al Mubasyyarin Bil Jannah). Jaminan ‘anugerah termahal’ itu hadir bersama perjuangan dan pengorbanan yang tidak sedikit. Untuk ‘berita gembira’ itu dia dan mereka bukannya dihampar ‘permaidani merah’, bukannya hamburan layanan bertaraf ‘5 bintang’ dan bukan juga diulit emas, permata dan berlian.'Sesungguhnya (jalan ke)syurga itu diliputi penderitaan yang tidak sedikit.'
4. Redha Allah dan jaminan syurga untuknya kerana imannya yang utuh, hidayahnya yang teguh, cintanya kepada Allah dan rasul melebihi kecintaan pada dirinya sendiri, tegas hatinya melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul serta bulat hatinya membenteras dan menebas segala kepalsuan, kebatilan, kesyirikan, kedunguan, kezaliman dan sebagainya . Ya, ‘Izzah dan karamahnya terpancar dari asas-asas itu sehingga beliaulah yang paling layak digelar Al Faruq.
5. Pada bulan Rabi’ul Awwal tahun 16 Hijriyyah, setelah duduk bermusyawarah dengan sahabat-sahabat yang mulia, dan setelah disepakati dan dimuafakati.., beliau secara rasminya telah melancarkan Taqwim (Kalendar) Hijrah yang mana ia tercatat sebagai sejarah yang sangat gilang gemilang, indah, unik, penting dan amat bermakna untuk Islam dan sekelian ummahnya.
6. Jazakumullahu Khairal Jaza-I ya Amira Mukminin, Umar ibnil Khattab r.a.


Read more...

Thursday, November 12, 2009

TANPA ILMU MANUSIA BUTA


1. Ilmu itu penting sekali. Tanpa ilmu tertolaklah amalan. Kerana Allah tidak akan menerima amalan sijahil biar ia membukit sekalipun. Maka beramallah dengan ilmu.
2. Para ulama berkata: “ilmu mesti berdiri di hadapan amalan dan perbuatan seseorang.” Bukannya amalan di hadapan ilmu. Sekali lagi, letakan ilmu itu di hadapan amalan. Barulah syiatan tidak dapat merosakan. Bila ilmu di hadapan amalan, maka syaitan akan ketakutan.


3. Ilmu itu Nur (cahaya) yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan. Ibarat tanpa lampu suluh bergerak di malam yang gelap gelita tanpa sebutir pun bintang di langit, maka seseorang itu berkemungkinan sahaja berhadapan dengan beberapa risiko yang merbahaya. Mungkin akan terjatuh ke dalam lopak yang cetek atau lubang yang dalam. Boleh jadi terpijak duri, paku atau kaca. Mungkin akan disengat atau dipatuk bintang berbisa atau boleh jadi kepala akan terhantuk dengan sesuatu yang menyakitkan. Andai tiada lampu menara di pantai boleh jadi nahkoda dan anak kapal sekeliannya akan sesat hanyut di tengah lautan luas. Pendekata, pelbagai bahaya andai meredah kegelapan malam tanpa lampu suluh.
4. Demikian halnya dengan kehidupan. Hidup yang tidak bersuluhkan ilmu akan menjerumuskan seseorang ke dalam bahaya dan kerosakan yang tidak sedikit. Saidina Umar pernah mengungkapkan “..betapa seseorang yang berbuat sesuatu tanpa ilmu maka akan berlaku nanti natijah kerosakannya lebih banyak dari hasil kemanfaatnya.” Lirik nasyid berbunyi: "Tanpa agama manusia binasa. tanpa ilmu manusia manusia buta.' kata-kata yang tepat sekali.
5. Tersebut di dalam hadis dari Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Ilmu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut.” (Riwayat Ibn Abdil Barr daripada Mu’az bin Jabal).
6. Jesteru, dekatkanlah diri kita dengan sumber-sumber ilmu, dengan majlis-majlis ilmu. Meriahkanlah majlis ilmu tak kira di mana sahaja. Hidupkan suasana ilmu hatta di rumah dan di pejabat kita. Dampingkanlah diri dengan para alim ulamak bukannya bersahabat dengan orang-orang tamak, atau dengan orang yang berfikiran semak ataupun membuang masa duduk berjam-jam di kedai mamak. Kalau tak ada apa-apa yang penting eloklah ambil masa membantu kerja sekolah anak-anak.
7. Ampun maaf andai terkasar bahasa.


Read more...

Wednesday, November 11, 2009

PEREKA PINTU EMAS KA'ABAH MENINGGAL DUNIA


MAKKAH AL MUKARRAMAH, 8 Nov
1. Tak kira pada musim haji atau umrah, berduyun-duyun para tetamu Allah datang melakukan ibadah Tawaf (yakni rukun haji dan umrah) mengelilingi Ka’abah Al Masyarrafah sebanyak tujuh kali dengan penuh khusyuk dan ta’zhim. Mereka bertahmid, bertasbih dan bertakbir semasa mengelilingi Baitullah itu. Mereka mengucup Hajarul Aswadnya sebagaimana yang dilakukan Nabi saw. Mereka berdoa di depan Multazamnya. Mereka mendirikan solat di segenap penjurunya. Mereka bersyukur kerana dapat melaksanakan perintahnya.
2. Di sebalik penyelenggaran dan pengurusan Baitullah, elok juga kita mengenali tokoh-tokoh yang berperanan dan bertanggungjawab menyempurnakan kepelbagaian aspeknya.
3. Seorang darinya ialah Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah. Namun pada hari Jumaat (6 Nov) baru-baru ini beliau telah meninggal dunia pada usia 89 tahun. Ya, 89 tahun yang gemilang dengan jasa dan bakti. Demikian lapor harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News .


4. Syeikh Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Mekah pada 1920. Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang mahsyur lagi disegani. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Al Marhum telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.
5. Dari bapanya, almarhum dan sebahagian ahli keluarga mereka telah mempelajari kemahiran seni bertukang dengan jayanya. Bermula dari bapanya, mereka sekeluarga miliki sejarah yang panjang berkhidmat untuk Baitullah ini.
6. Bapa Al Marhum iaitu Syeikh Ibrahim Al Badr adalah pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942 lagi. Ibrahim dan dua saudaranya lagi, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.
7. Manakala Syeikh Ahmad (sebagai pewaris bapanya) telah menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.
Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad. Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad.




Read more...

Monday, November 9, 2009

'Duduk bersama Sahabat dan Tabi'in'

1. Zaman Rasulullah saw dan para sahabat itulah yang digelar sebagai ‘Asr Az Zahab’ yakni zaman keemasan manusia. Pun begitu, apakah zaman keemasan itu dirujuk kepada deretan bangunan tinggi pencakar langit atau kepesatan kecanggihan teknologinya? Tidak sama sekali.
2. Zaman keemasan sepertimana yang disepakati para ahli sejarah itu merujuk kepada ketelusan tauhid, kebersihan hati, keluhuran budi, ketinggian rauhaniyyah serta ukhuwah anggota masyarakatnya hasil perjuangan, tarbiah dan dakwah Nabi Muhammad saw yang didokong oleh sekelian sahabat-sahabat yang mulia lagi diredhai Allah Ta’ala.
3. Merekalah ‘Khairu Ummah’ yakni sebaik-baik ummah spertimana yang dijelaskan al quran. Itulah zaman Solafus Soleh yang melebar sekitar 300 tahun (3 kurun) seperti yang diceritakan Nabi saw.


4. Zaman inilah yang sepatutnya menjadi ‘penanda aras’ kita dalam membina dan membangunkan kecemerlangan masyarakat dan ketamadunan ummah kita pada hari ini kerana ia satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.
5. Faktor ‘keemasan’ itu pula bukan hanya dibuktikan oleh ahli sejarah sepanjang zaman bahkan telah beroleh jaminan dan diperakui oleh Al Quran dan As sunnah.
6. Sejarah emas inilah yang patut kita tela’ah, di ulangbaca, dihayati serta diamalkan sedaya mampu kita. Membaca sirah mereka yang ‘harum mewangi’ itu akan menjadikan rasa rindu kita kepada mereka kian hangat, jiwa akan rasa terpanggil untuk meneladani akhlak, pengorbanan dan perjuangan mereka menyebar dan mempertahankan agama tercinta. Membaca kisah-kisah mereka akan menjadikan kita cintakan Allah dan Rasul, cintakan akhirat, cintakan kasih sayang, keamanan dan kebenaran.
7. Ayuh mulakan pembacaan kita. Bacalah berkali-kali kerana di sana kita akan ketemui telaga ilmu dan sejarah kemanusiaan yang yang tidak ada tolok bandingnya. Membacalah gaya Ibnu Mubarak membaca.
8. Pernah di satu ketika orang-orang bertanya kepada Abdullah ibnu Mubarak Rahimahullah, "Kami melihat kamu tidak duduk bersama kami selepas solat?" Abdullah b Mubarak menjawab, "Aku pergi duduk bersama-sama para sahabat radhiallahu'anhum dan para tabi'in rahimahullah" Lalu orang-orang yang bertanya tadi kehairanan, "Mana mungkin engkau duduk bersama mereka, sedangkan mereka sudah lama meninggal dunia?" Lalu dijawab oleh Abdullah b Mubarak, "Aku pergi duduk membaca dan menelaah 'ilmu yang telah aku perolehi dan telah aku kumpulkan daripada mereka, di sana aku temui ucapan dan keperibadian mereka. Dan apa yang aku perolehi daripada duduk bersama kalian? Kalian sibuk memperkatakan keburukan manusia lain."

[Rujukan: Biografi Abdullah b Mubarak- Al-Zahabi, Siyar A’lam Al-Nubala`]



Read more...

Monday, November 2, 2009

'Mak! Ayah! Bergembiralah menjadi tetamu Allah'

1. Pada bulan Ramadhan yang lalu, ada tiga perkara yang bertandang lalu menambah kegembiraan dalam diri saya. Alhamdulillah, pada tahun 1430 H (2009) ini, Allah Ta'ala telah memberikan 'kelapangan' dan 'kegembiraan' selepas saya dan keluarga berdepan dengan tahun-tahun yang sukar. namun, begitulah resam dunia. Bersilih ganti antara Al 'Usr dan Al Yusr. Dalam surah Al Insyirah, dua kali Allah mengulangkan bersama setiap kesusahan itu ada kesenangan.
2. Ya, hidup kita di dunia ini bersilih ganti antara suka dan duka, susah dan senang, sedih dan gembira. Itulah Sunnatullah di maya pada ini. Untuk menguji dan menilai siapakah di kalangan kita yang menjadi hamba yang sebenarnya. Hamba yang yang berjaya mengisi As Sabr (kesabaran) saat Al "Usr" melanda dan mengisi 'Asy Syukr' (kesyukuran) saat 'Al Yusr' bertandang.

3. Alhamdulillah, pada pertengahan Ramadhan, saya selesai menamatkan cacatan untuk buku saya yang kedua yang insya Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi. Setakat ini pihak editorial buku GISB mencadangkan agar jodol buku ini dinamakan 'Lembutkan Hatimu'. Itu jodol pilihan setakat ini. Mungkin juga ada jodol lain pada saat-saat akhir. Kita mengharapkan yang terbaik.
4. Seterusnya, saya mendapat berita gembira dari pihak editorial buku Galeri Ilmu Sdn Bhd, bahawa buku saya yang pertama 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' telah mendapat tempahan pihak Perpustakaan Negara Malaysia PNM'. Berita ini memberi dorongan dan membakar semangat penulis angkatan baru seperti saya untuk terus maju kehadapan. Terimakasih Ya Allah, terimakasih PNM dan Galeri Ilmu sdn Bhd!
5. Khabar ketiga yang sangat menggembirakan bilamana Mak Ayah saya dijemput Allah swt untuk menjadi tetamunya di tanah suci pada tahun ini. Saya tahu, mak dan ayah telah lama merindui dan menanti saat ini. Selama ini, bila musim haji menjelma, mereka hanya mampu 'menangis' kerana rindukan perkumpulan bersama hujjaj yang lain bertamu ke Bumi penuh Barakah. Namun apakan daya, rezeki belum tiba.
6. fizikal mak ayah nampak uzur. Almaklumlah semasa muda berkerja kuat membanting tulang dan memerah tenaga sekian lama untuk membesarkan kami berenam. Namun, pada wajah mereka berdua tampak semangat, iltizam dan azam yang kuat untuk menyempurnakan kemuncak rukun islam yang lima ini. Tahniah juga buat abg Din dan Kak Zi'ah yang akan bersama mak dan ayah berangkat ke tanah suci pada 5 Nov ini.
7. Mak! Ayah! Usahlah bersedih dengan perpisahan ini. Bergembiralah menjadi tetamu Allah! Bergembiralah dengan seruan agung ini! Bertalbiahlah sebanyak-banyaknya membesarkan Allah. Insya Allah, kami anak cucu semua akan terus mendoakan kesihatan, kesejahteraan, keselamatan, pemakbulan dan kemabruran haji mak dan ayah. Selamat pergi dan selamat kembali. Ma'as Salamah.


Read more...

Saturday, October 31, 2009

EHYA RAMADHAN 7 RAMADHAN 1430H, SURAU AL MAHDI, BKT SUBANG






Read more...

Keterampian Asyajj Yang Memikat

1. Untuk hadir ke satu-satu majlis, maka diri kita hendaklah dalam keadaan bersedia, tenang, kemas, rapi dan berketerampilan.
2. Ciri-ciri di atas akan lebih utama lagi bilamana kita hadir ke solat jumaat, solat berjamaah, ke majlis-majlis ilmu, mesyuarat, kenduri kendara dan sebagainya.
3. Agama tidak suka keadaan seorang yang bertemu khalayak ramai atau bertemu dengan seorang yang dihormati dalam keadaan gopoh gapah, kalut dan berserabai.

4. Sekali berlaku, rombongan Bani 'Abdil Qais datang beramai-ramai untuk menemui Rasulullah saw. Tahu apa berlaku?
5. Sebaik sahaja sampai di Masjidin Nabawi, mereka terus sahaja pergi mengadap baginda saw. Wah, hebatnya rindu mereka pada Nabi saw! Cuma....ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian oleh mereka kecuali seorang sahaja.
6. Apa yang kurang diberi perhatian oleh rombongan Bani abdil Qais ini? Kita pun mahu tahu juga agar kita boleh buat perubahan.
7. Hmmm, rupanya mereka ramai-ramai pergi mengadap Rasulillah saw tanpa mandi, membersihlan diri, menukar pakaian dan berwangi-wangian terlebih dahulu. Ya, kemungkinan keadaan seumpama ini sedikit sebanyak mengganggu ketenangan dan keharuman majlis baginda saw.
8. Siapakah lelaki Bani Qais yang beketerampilan itu? Hanya dia seorang. Rombongan yang lain dalam keadaan yang tidak selesa juga tidak menselesakan.
9. Beliau adalah Asyajji Abdil Qais r.a.. Beliau tidak gopoh dan tidak kalut. Sebelum menemui Rasulullah saw, beliau membersihkan diri terlebih dahulu, kemudian mandi, menukar pakaian yang bersih dan berwangi-wangian.
10. Walaupun Asyajj r.a. tidak mengadap Nabi saw seawal rombongan Bani Abdil Qais yang lain, namun perhatian Mahabbah baginda saw jatuh kepadanya. Mesti ada sebab yang kuat. Mesti ada amalan yang utama.
11. Daripada ibnu Abbas rdhma beliau berkata: Bersabda Rasulullah saw kepada Asyajj Abdil Qais: "Sesungguhnya pada kamu ada dua perkara yang dicintai Allah Ta'ala iaitu sifat lemah lembut dan tenang (tidak gopoh)". (Riwayat Muslim).
12. perhatikan Nabi saw telah memuji tindakan Asyajj yang penuh ketengan dan sopan santun itu.
13. bagaimana keadaan kita sewaktu menghadiri sebarang majlis khasnya ketika ke majlis ilmu dan ibadat solat berjamaah?
14. Bagaimana pula keadaan anak-anak kita tatkala mereka keluar ke sekolah bertemu dengan guru-guru mereka?

rujukan: 40 Hadis akhlak mulia : Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari.


Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Buku 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' Mendapat Perhatian PNM



Lima Lagi Buku GISB Dipesan Oleh PNM
11 September 2009
Penulis lima buku berikut mendapat durian runtuh apabila Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memesan buku-buku mereka:
1. Bawa Hatimu Kepada Tuhan - Amaluddin Mohd Napiah
2. Langit Ilahi - Hilal Asyraf
3. I Love You Too - Badrul Hisham Shari
4. Berapa Harga Segulung Ijazah - Dr. Kamariah Kamaruddin
5. Andai Aku Affrina (novel remaja) - Nor Hayati Sapii

PNM memesan buku-buku itu terus daripada penulis-penulisnya dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan koleksi di perpustakaan seluruh negara. Pemilihan buku-buku itu dibuat oleh PNM sendiri tanpa campurtangan penerbit.

Sumber Berita: www.galeriilmu.com.my
Sahabatamal: Alhamdulillah. Terimakasih padaMu Ya Allah & terimakasih di atas sokongan semua.


Read more...

Tuesday, October 27, 2009

TERIMALAH KEBAIKAN DARI ALLAH

1. Syariat islam itu ternyata hebat dan terunggul kerana ia adalah peraturan, ajaran, panduan dan pedoman Samawi yang maha sempurna yang telah digaris dan ditetapkan oleh Allah Rabbul ‘Alamin.

2. Namun, adakah setiap individu muslim itu dapat melihat dan mampu memahami di manakah letakduduknya apa yang dikatakan faktor kehebatan dan keunggulan syariat islam itu?

3. Ya, dengan adanya faham barulah adanya kemanisan dan rasa bangga saat menghayati syariat Islam dalam kehidupan. Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikkan pada dirinya, maka Dia akan menjadikannya faham dalam urusan agamanya”.


4. Bila tidak faham, maka tidak hairanlah ada individu dan kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan umat Islam sendiri yang dengan penuh kedangkalan telah memandang pesimis terhadap hukum-hakam Islam dan berani pula mempertikaikan syariat Allah yang maha suci itu. Kedudukan mereka tak lebih macam ‘api dalam sekam’ atau ‘gunting dalam lipatan’.
5. MANTIQAT AL’AFW
Salah satu faktor keunggulan Islam ialah pada keluasan ‘Ruang Kemaafan’nya. Allah swt melalui nas-nasnya sengaja membiarkan ‘ruang-ruang kosong’ atau ‘ruang kemaafan’ itu terbuka luas sedemikian.

6. Kenapa agaknya? Kerana Allah Yang Maha pemaaf lagi Maha Pengasih mahu memberikan ‘ruang gerak’ bagi para mujtahidin untuk berijtihad dan supaya mereka dapat mengisinya dengan hal-hal yang ‘Aslah’ yakni yang paling baik untuk manfaat sekelian umat.

7. Ya, itulah ‘ruang kosong’ bagi sekelian Mujtahidin agar mereka dapat merencana dan memutuskan ‘perkara-perkara’ yang paling layak dengan zaman dan persekitaran yang mereka huni dengan syarat mereka selalu beristiqamah memperhatikan ‘Maqasid’ (tujuan-tujuan) syariat yang umum serta mempedomani jiwa mereka dengan nas-nas yang Muhkamat (mantap).

8. Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menentukan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya. Dan Dia telah mewajibkan sesuatu, maka janganlah kamu meninggalkannya. Dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya, dan Dia telah diam dari beberapa perkara sebab (Ia mahukan) rahmat bagi kamu sekelian, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu membahaskannya.” (Riwayat Ad Daruquthni dan dinilai oleh Imam An Nawawi sebagai hadith Hasan).

9. Lihat pada frasa ‘maka janganlah kamu membahasnya’ (dalam hadis di atas), ditujukan khitab (percakapannya)nya kepada para sahabat yang hidup pada zaman wahyu masih lagi turun kepada Rasulillah saw. Apa maksud Rasulullah saw dengan percakapan itu? Ya, supaya tidak berlaku (tercetus) kesulitan ke atas mereka dengan sebab bertambahnya Taklif sebagai akibat (atau berpunca) dari tindakan mereka mencari-carinya baik berkenaan perintah-perintah yang diwajibkan maupun larangan-larangan yang diharamkan.

10. Dalam hadis di atas juga, seolah-olah Rasulullah saw mengingatkan para sahabat (sekelian umatnya) agar tidak mengulangi kedangkalan dan kebodohan kaum Bani Israel yang nyata sengaja mencari beban (cari penyakit) akibat dari sikap ‘banyak soal’ mereka terhadap perkara-perkara yang tidak perlu yang akhirnya menimbulkan kesudahan yang menyakitkan. Sabda nabi saw: “Ambillah apa yang aku tinggalkan pada kamu sekelian.” (Riwayat Ahmad, Muslim, An Nasa-ie dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah r.a.)

11. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Jaanganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanya) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam al quran); kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar).” (Al Maidah: 101).

12. Ya, pada apa yang Allah ‘diam’kan itu ada kemaafan dan rahmat dariNYa. Itulah MAnthiqat Al ‘Afwu’ yakni ‘ruang kemaafan’ dari Allah yang Maha Pemaaf. Sabda Nabi saw: “Apa yang Allah Ta’ala halalkan di dalam kitab suciNya, maka ia adalah halal, dan apa yang Dia haramkan, maka ianya dalah haram. Sesuatu yang Dia diamkan tentangnya, maka ia dimaafkan, terimalah kebaikan daripada Allah. Seungguhnya Allah itu sedikitpun tidak lupa akan sesuatu.” Kemudian ia membacakan firman Allah Ta’ala: Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.” (Maryam:64). (Riwayat Al Hakim daripada Salman Al Farisi r.a.)

13. Keterbatasan jumlah taklif (kewajipan dan larangan) dan keluasan ruang kemaafan di dalam syariat Islam itu bukannya terjadi secara spontan, tergesa-gesa maupun kebetulan semata-mata. Allah sengaja menjadikannya sedemikian dengan tujuan supaya syariat Islam secara berterusan memiliki sifat keumuman, bercirikan kesedehanaan, kekal sesuai, baik dan praktikal untuk segala zaman, situasi, tempat dan keadaan.

Rujukan: ‘Awamil As sa’ah wal Murunah Fi AsySyari’ah : prof Dr Yusuf Al Qardhawi Rahimahullah.


Read more...
 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial