INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, April 23, 2009

AHMADI NEJAD YANG KUAT JIWA


TEHERAN: Sebagaimana yang kita telah maklumi, Islam dan umatnya agak lama juga dikeronyok, dihentam, ditenyeh dan dikambinghitamkan oleh musuh-mush tradisinya. Siapa lagi kalau bukan Yahudi dan Nasara? Apakah umat Islma sedang menanti kata-kata redha dan sayang daripada mereka? Usahlah terlalu berharap daripada pihak musuh untuk membelai dan memahami kita. Penentangan dan pencerobohan mereka itu akan berpanjangan hinggalah ke hari Kiamat berdasarkan keterangan al quran maupun hadis Nabi saw.

Firman Allah SWT: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Apa yang diramalkan Nabi saw itu amat ketara dan jelas berlaku lebih-lebih lagi di abad ke21 yang penuh fitnah, penindasan dan airmata ini. Saat saudara-saudara seaqidah kita dibantai dan diperlakukan sesuka hati, umat Islam yang sangat kasih dan cintakan umat hanya mampu berdoa, menitiskan air mata dan menggelengkan kepala, kemudian disusuli dengan bantuan wang ringgit, pakaian, makanan dan apa-apa yang termampu .

Namun apa yang memuskilkan kita ialah sepinya suara maupun kata sepakat pemimpin-pemimpin dunia Islam mengenai kezaliman pihak Yahudi dan emperialis Barat tersebut. Kalau adapun namun ianya jarang-jarang sekali kedengaran. Walhal tidak sedikit majlis-majlis antarabangsa yang dihadiri dan diwakili oleh mereka. Maksud saya mengambil peluang dan ruang mempersoalkan kekejaman Zionis dan sekutu-sekutunya secara terbuka seperti yang dilakukan oleh saudara Erdogan dan AhmadiNejad sekalipun ia amat tidak disukai mereka.

Sebenarnya sudah lama pihak musuh Islam menganggap umat Islam pengecut dan tidak mampu berbuat apa-apa lebih-lebih lagi bilamana dibandingkan dengan kekuatan ekonomi, persenjataan, logistik, politik dan sebagainya. Dengan semua elemen itulah mereka terus menerus membuli dan menggertak kita.

Sebenarnya umat Islam ada kekuatan yang lebih hebat yang mana andainya ia disatu dan digembelingkan akan mencetuskan kejayaan dan perubahan yang besar. dengan kekuatan utama inilah Rasulullah saw dan para sahabat dapat meruntuhkan jahiliah dan kuasa kesyirikan, Saidina Khalid dan 'Amru Ibnul 'As membuka daerah dan wilayah-wilayah baru, Saidina Umar dan Solahuddin Al Ayubi berjaya menawan kembali Baitul Maqdis dari tangan-tangan penuh dosa dan inaya. Demikian juga Umar Mukhtar dapat memberikan pelajaran dan pengajaran paling pahit buat imperialis dan penjajah Itali. Banyak lagi teladan-teladan yang lain.

Tanpa menafikan faktor-faktor lain, telah menjadi kepastian bahawa Kunci utama kekuatan umat Islam untuk bangun semula dari kesedihan, hiba dan ratapan panjang itu ialah itu ialah keimanan dan persaudaraan Islam (Ukhuwah Islamiah). Sikap, ananiyah, nafsi-nafsi dan pentingkan dirilah yang membuatkan Islam dan umatnya dipandang lemah, hina dan lekeh oleh mereka.

Kita yakin bahawa bahawa, atas nama persaudraan dan keimananlah, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad tampil menggegarkan pentas antarabangsa betapa realiti dan kebenarannya bahawa Israel telah 'bertindak kejam' dan melakukan 'pembunuhan etnik' terhadap rakyat Palestin. "Penjenayah Israel seharusnya dibawa ke muka pengadilan kerana melakukan pemusnahan bangsa dan terbabit dalam jenayah peperangan di Gaza, Januari lalu. Iran, sudahpun mengemukakan permintaan kepada Interpol agar menahan 25 penjenayah perang Zionis." ujarnya kepada para wartawan.

Sekiranya paling tidak pun 10 orang pemimpin negara Islam yang punyai jati diri dan amat cintakan ummah, sekata dan bangun serentak bertindak dalam ayat dan misi yang sama, sudah tentu ia akan menimbulkan impak terkesima dan kegerunan di dalam hati-hati mereka. Sungguh bagai dikata.."mereka kuat bukan kerana kita lemah, namun kebenaranya kerana kita tidak bersatu". Ya, luahan ini sekadar harapan dan pandangan dari seorang umat dari penjuru dunia sekalipun majoriti umat mungkin merasakan ianya mustahil berlaku.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial