Selepas solat Zohor semalam, saya berbual sebentar dengan jiran saya, Tn Hj Ibrahim Kamal yang juga imam 1 di surau taman perumahan kami. "Ustaz Amal, ada satu cerita lawak, tapi ada sindiran dan tarbiah", Hj Ibrahim membuka bicara. Macamlah tulah cara beliau setiap kali bertemu di surau. Ada sahaja cerita yang beliau nak kongsikan dengan kami. "Macamana ceritanya", tak sabar saya nak mendengarnya.
"Cerita dialog Kerbau dengan tuannya. Kedua-duanya di tengah sawah. Apa lagi, membajak sawahlah. 'Chooohhh! jerit tuan kerbau.
Setelah dua pusingan kerja membajak dibuat, sang kerbau tak semena-mena bertanyakan tuannya. "Tuan kahwin tak?". "Hisyy.., apa pulak tak kahwinnya. Mestilah kahwinnn. Kamu tak nampakkah tuu anak-anak dan isteri aku dekat rumah tu?", jawab tuan kerbau sambih menjuihkan bibirnya ke arah rumahnya di tepi sawah sana. "Ooohhh, kalau macam tuu.., kita ni samalah ya tuan?", balas sang kerbau sambil terus membajak. Tuan kerbau macam biasa, terus saja menyelesaikan sisa-sisa rokok daun yang ada di mulutnya.
Selang beberapa minit, kedengaran azan zohor berkumandang. Suara pak bilal yang serak-serak basah tu menerawang sampai ke sawah. Sampai ke telinga kerbau. "Ha tuan, ini bunyi suara apa pulak ni tuan?", tanya kerbau lagi ingin tahu. "Aiii.., kamu nih. Itu pun tak tahu. Itulah suara azan", jawab tuan kerbau. "OOhhh..azannn. Azan tu apa tuan?", soal sang kerbau nak tahu lebih lanjut lagi.
"Isyyhh, banyak tanyalah pulak kerbau sekor nih. Azan tu maknanya dah masuk waktu solat. Nak ajak orang bersolat. Hah, faham ke tak??Choohhh!", jawab tuan kerbau dalam emosi yang tak berapa elok. "Faham..faham. dah faham dah. Cuma yang saya musykilnya sekarang ni..., tuan tak pergi solatkah?", tanya sang kerbau yang semakin bercelaru fikirannya. "Hmm, aku ni tak berapa rajin sangat bab-bab solat ni", balas tuan kerbau dengan muka selamba mamba. "OOhh, macam tuuu..Tuan! kalau macam tu kita ni samalah ye?? Heh heh heh", sang kerbau terus membuat kesimpulan sambil tersengih panjang.
Pakat tergelaklah kami mendengar cerita sang kerbau yang sangat tajam sindirannya. Begitulah realiti dewasa ini. Kalau semua binatang ternak yang ada dizinkan bercakap, semua akan bertanya soalan demikian. Tersebut alkisah di zaman Nabi saw, sekor unta mengamuk di pasar Ansar. Bila ditanya oleh Nabi saw mengenai sikapnya yang tiba-tiba berubah ganas itu, sang unta menjawab 'kerna tuannya tidak solat'. Unta yang tinggi kesabarannya tu pun sudah pandai protes kalau tuan dia tak mentaati Allah.Wallahu A'alam.
Hj Ibrahim kata, itu sebahagian isi forum bersilibus kali pertama yang diadakan di Masjid Negeri , Shah Alam, Selangor yang bakal diadakan pada Hari sabtu, selepas solat Isya, minggu ke2 pada setiap bulan. Panelis forum terdiri dari Dato Dr Harun Din, Prof Madya Dato Hasyim Yahya dan Dato Tn Ibrahim Tuan Man. Sesiapa yang ada kelapangan, silalah hadir memeriahkan majlis ilmu tersebut.

0 comments:
Post a Comment