INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, April 17, 2009

PRINSIP 6M


PUTRAJAYA: Iman bukan sahaja satu aset yang hanya diperlukan untuk kesejahteraan akhirat bahkan iman adalah tenaga hebat yang mampu menyerlah dan membangunkan jati diri, keunggulan syakhsiah, kecemerlangan diri seseorang yang akhirnya akan membuahkan manfaat yang banyak untuk ummah tercinta.

Kerana itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dalam amanat sulungnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata:

"Pendekatan prinsip 6M akan diberi tumpuan oleh semua agensi agama bagi memastikan agensi berkenaan serba boleh dan sentiasa memandang ke hadapan. Prinsip ini adalah komitmen untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan matlamat serta pendapat yang merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh semua agensi ini. Ia juga akan menjadi panduan untuk bersikap tegas dan jelas tanpa sebarang kompromi dalam perkara yang menjurus kepada kerosakan organisasi. Saya yakin prinsip itu dapat memperkukuhkan lagi agensi agama di negara ini. "

Apakah prinsip 6M itu? 6 prinsip tersebut ialah musyatarah (menepati syarat kejayaan), mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk), Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar), muraqobah (mengawal diri secara berterusan), muhasabah (menilai diri) dan muhajadah (bersungguh-sungguh).








0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial