Dulu, semasa zaman kanak-kanak, mak selalu nasihatkan "kalau ke masjid, pilihlah bersolat ditempat-tempat yang berbeza. Ubah-ubah tempat. Solat fardhu kat tempat lain, solat sunat pula buat kat tempat lain". Usia kanak-kanak saya tika itu membuatkan saya lambat faham apa yang mak maksudkan.
"Kenapa mak", tanya saya ringkas sahaja. Apa jawab maknya? "Supaya kamu dapat sujud di setiap tempat , setiap ruang setiap inci yang ada dalam masjid tu". Saya manganggukkan kepala tanda sedikit faham. "Nanti semua tempat yang kamu sujud tu memberi saksi (memberitahu) di hadapan Allah yang kamu pernah sujud di atasnya", pesan mak lagi tanpa jemu-jemu sambil memeluk dan mencium pipi saya.
Rumah saya dulu, rumah papan sahaja. Memang tabiat budak-budak suka berlari-lari kat atas rumah sambil menghentakkan kaki hingga menghasilkan bunyi yang kuat pada lantai papan rumah. Mak yang saat itu sedang menganyam tikar mengkuangnya di bawah rumah segera menegur dengan suara yang kuat: "Astaghfirullahal 'Azhim!! Macam nak runtuh rumah mak nih". Lalu, saya pun berhenti berlari. Untuk hari itu. Esok lusa, kalau lari-lari lagi, mak akan tegur lagi. Teguran dan nasihat yang berterusan.
Di kesempatan yang lain pula mak akan mengajar dan memberitahu bagaimana menutup dan membuka pintu selepasmana dilihat saya pada awalnya suka menghempaskan daun pintu saat membuka atau menutupnya.
Nasihat-nasihat berguna yang mak telah tumpahkan buat saya seumpama itu tidak kurang banyaknya. Sampai sekarang pun , walau sudah berumahtangga, mak masih menitipkan nasihat dan pandangan bernasnya. Namun, pesan mak di usia rebung saya itu masih terpahat kuat di dalam ingatan dan saya jadikan panduan sampai hari ini dalam mendidik anak-amak (cucu-cucu mak) dan insya Allah saya cuba amalkan.
Nasihat mak itu ternyata sangat berguna dan penuh barakah walaupum mak tidak berpeluang bersekolah macam orang lain kerana faktor kemiskinan keluarga saat itu.. Tanpa sedar, sejak awal lagi tanpa penangguhan, mak dengan penuh hikmah dan kasih-sayang berusaha semampunya menanam dan menyemaikan sifat-sifat mulia serta merangsang rasa cinta anak-anak mak kepada masjid, program kemasyarakatan, aktiviti dan segala ibadah yang berlangsung di masjid.
Contoh nasihat sebagai di atas itu tadi, bagi saya sebagai persiapan dan bekalan ilmu buat anak-anak ke masjid menunaikan solat lima waktu ataupun solat Jumaat. Maka, kita akan melangkah ke masjid dan ke surau dengan kefahaman, dengan satu azam dan motivasi diri yang inggi. Kita tidak pasti, di era ini, masih ramai lagikah ibubapa yang konsisten , tak jemu-jemu memberi pesanan dan nasihat yang baik dengan kasih-sayang kepada anak-anak sepertimana Luqmanul Hakim memberi pean kepada puteranya termasuklah ketika anak-anak kita keluar hendak menunaikan solat Jumaat.
Kenapa? Sebab kita lihat di mana-mana masjid, bila tiba waktu khutbah atau solat Jumaat, suasana menjadi riuh rendah macam pasar bilamana anak-anak dan remaja kita berbual-bual, bergelak ketawa, bermain-main, bermain handphone dan macam-macam lagilah yang amat menggangu perjalanan khutbah dan ketenangan para jamaah. "Berapa orang ibubapakah yang sempat memberi nasihat dan tips-tips berguna pada anak-anak sebelum datang ke masjid?", fikir saya secara serius pada waktu itu
Ya, memang ini masalah sikap anak-anak kita pada harini, namun seperti yang kita semua faham bahawa sikap mulia (mahmudah) itu hanya akan terbentuk dalam diri anak-anak bernula dengan azam dan usaha keras sekelian ibubapa menerusi pendidikkan serta penghayatan akhlak dan adab sopan. Manakala pendidikkan yang bersifat teras Islam berupa iman, syariat dan akhlak itu seharusnya bermula dari Madrasatul U-la yakni rumah kita selaku sekolah pertama anak-anak kita.
Kita sangat sedih mendengar ada di kalangan ibu bapa muslim yang bukan sahaja tiada masa dan luang untuk menyampai kepada anak-anak mereka pesanan mengenai adab-adab yang diperlu dipelihara semasa di rumah, dimasjid surau, di sekolah atau mana-mana tempat, bahkan pesanan untuk mendirikan solat fardhu lima waktu pun tak ada lagi. Apa yang kita faham, pendidikkan syaksiah anak-anak yang tersangat penting sebagai amanah Allah ke atas kepala keibubapaan itu telah mula diswastakan hingga ampn maaf kita sebutkan bahawa mendidik anak-anak hari ini telah menjadi tugas tambahan 'bibi', sang pembantu rumah.
Bila kita tanya kepada sebahagian anak-anak di sekolah agama, ada tak emak ayah pesan apa-apa berkenaan solat? "Takda ustaz , mmm...sebab ayah kita pun kadang-kadang tak solat", jawab si anak malu tersipu-sipu. Ramai anak-anak bercelaru fikiran mereka dalam kes-kes seumpama itu. Di sekolah, cikgu atau ustaz nasihat dan beri pesan macam lain, balik rumah pula praktikal mak ayah macam lain pula. Banyak sekali kepelikkan dan keganjalan yang terlukis di dalam visual minda anak-anak kita seperti anak-anak dimarah dan disuruh baca quran tapi mak ayahnya pula dah lama tak baca dan sentuh quran.
Di sekolah, ustazah berbuih-buih mulut beri pesan dan nasihat pada anak-anak perempuan yang cukup umur supaya berlatih menutup aurat, namun selepas tamat sekolah, mak dengan penuh selamba datang ambil anak dengan rambut mengerbang dipukul angin. Maka apa yang anak faham ialah dalam perjalanan ke rumah atau datang ke sekolah atau selepas sessi persekolahan, tak wajib lagi tutup aurat. Siapa yang nak perbetulkan?
Jadi, dalam situasi ini, kita sedang melihat bahawa ibubapa yang sepatutnya menjadi guru pertama anak-anak jugalah yang dengan sedar atau tidak telah menggagalkan transformasi pendidikkan holistik buat anak-anak mereka sendiri bak kata-kata pepatah "tangan kanan membina, tangan kiri meruntuhkannya pula. Nampaknya kita tidak bersungguh-sungguh maukan anak soleh dan solehah kerana sekadar berdoa sahaja tanpa disertai dengan usaha dan didikkan yang sungguh-sungguh serta tawakkal kepada Allah, kita tersangat-sangatlah bimbang bahawa selepas jasad kita disemadikan di perkuburan nanti, anak-anak hanya datang untuk meletakkan jambangan bunga kemboja sahaja di atas pusara kita. Itupun kalau mereka ingat nak datang berziarah. Mohon dilindungan Allah. Wallahu a'lam".

0 comments:
Post a Comment