INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 1, 2009

STATISTIK MUTAKHIR JENAYAH PELAJAR








KUALA LUMPUR: Adik-adik pelajar dan remaja hari ini adalah pewaris kita pada masa akan datang. Kalau adik-adik remaja menjadi anak soleh solehah maka beruntunglah ibubapa, keluarga, agama dan negara kerana mereka telah menjadi aset yang sangat berguna. Sebaliknya, kalau jadi generasi TO-LEH, maka inilah yang merisau dan sangat membimbangkan kita. Kebimbangan kita itu sangat berasas ekoran maklumat terkini yang dilaporkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Apa kata KPN?

Peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan lain-lain kesalahan jenayah membabitkan pelajar yang meningkat membimbangkan . Jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Sepanjang 2007, 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan, manakala tahun lalu, jumlah kes jenayah meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes dengan 3,725 pelajar ditahan. Ini satu perkembangan yang merisaukan dan perlukan tindakan segera bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia turut menunjukkan pelajar cenderung untuk terbabit dalam aktiviti kurang sihat seperti mat rempit dan gengsterisme. Masalah gengsterisme yang dilaporkan semakin menular ke peringkat sekolah juga tidak boleh dipandang remeh..".

Sumber: BH Online

SahabatAmal: Dari konteks pendidikan Islam, dari awal2 lagi Nabi saw mengaitkan bahawa gejala sosial dan jenayah berpunca dari lemah aqidah dan lemah iman. Apa kata nabi saw? "..Tidak berzina, mencuri (apa saja jenayahnya) seseorang itu dalam keadaan dirinya beriman". Maka, apakah iman kepada Allah dan hari akhirat benar-benar mantap di dalam jiwa anak-anak dan pelajar-peljar kita pada hari ini? Kalau belum mantap, maka bersegeralah kita mengambil tindakkan dan mencari jalan keluar dengan kadar segera. Yakinlah kita pada petunjuk Allah dan Rasul.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial