INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, April 21, 2009

DEMI KEMULIAAN : BERSIHKAN TITIK DAN JEJAK DOSA SILAM


Sebelum dilanda angin kesedaran, telah banyak masa-masa kita yang terisi dengan kejahilan, kealpaan dan kedosaan. Sebelum dilimpahi nur hidayah, telah banyak waktu-waktu kita yang terbuang percuma tanpa taubat dan amal soleh.

Sebelum disapa gerimis keinsafan, telah banyak hati yang terguris, jiwa yang menderita, minda dan tubuh yang terinaya dek tingkah laku, perlakuan dan onar kita.

Pendek kata , terlalu banyak beban dosa serta kesalahan yang terpikul dan terbeban di bahu kita. Cukupkah masa untuk kita membasuh segala noda dan titik-titik hitam yang lalu? Sebanyak mana lagikah peluang dan ruang yang masih berbaki buat hambaMu yang lemah lagi faqir ini ya Allah?

Para ulama dan du'at solihin
selaku obor ummah zaman berzaman terus membimbing kita dengan nasihat berharga bahawa tiada istilah terlambat dalam menapak jalan pulang atau untuk membuat pusingan u-turn kembali kepada Allah. Bilamana Allah swt dengan kasih-sayangNya telah menyedarkan kita dan bersedia menerima kita semula, maka bersyukurlah, manfaatkan peluang serta usah toleh ke belakang lagi. Sekali lagi, tiada istilah terlambat dalam hal ini.


Walaupun nampak zahirnya macam terlewat, namun hakikatnya ini satu anugerah dan kebertuahan yang tiada tolok tandingnya dibandingkan insan-insan yang terus-menerus mabuk dibuai dosa. mencetus derhaka dan bersikap dusta. Mohon dilindungi Allah dari kealpaan, kesesatan dan kekufuran yang melebar hingga ke akhir usia. Inilah pengakhiran yang buruk yang tiada lebih buruk daripadanya. Nu'uzu billah. Seorang hamba yang dibukakan jalan pulang untuknya bernaung di bawah payung rahmatNya, tidak patut merasa terlewat atau pun rasa tertinggal jauh walaupun usianya hampir dimamah senja. Sesungguhnya bahagian akhir episod hidup kita itulah yang menjadi faktor tumpuan, pengiraan dan penilaian Allah swt.

Ya, Allah SWT telah dan akan membuat penilaian bagaimana cara kita menyudahkan perjalanan kita yang penuh berliku, penuh rintangan dan halangan ini. Sebagai Abrar maupun Fujjar? sebagai Sa'eed ataupun Syaqiy?Andai kata putus kita untuk menyelesaikan perjuangan suci ini sebagai Abrar ataupun Sa'eed maka, usah bertangguh lagi berusahalah dan bersungguh-sungguhlah membuat 'kesudahan' yang terbaik.

Namun, perasan yang sering bermain di dalam jiwa para mukminin adalah perasaan sangat 'RALAT' Ralat kerana tidak dapat membetulkan kembali kesilapan masa-masa yang telah berlalu. Rasa ralat ataupun penyesalan ini adalah baik sekali bagi orang beriman kerana sememangnya 'penyesalaan' itu mesti berlaku di atas dunia ini lagi , bukannya setelah nyawa diambil Tuhan. Penyesalan segera di atas dunia ini mudah-mudahan mampu memadamkan bahang api cetusan dosa-dosa kita. Bilamana kita benci atau tidak suka andai tercebur semula ke alam jahiliah yang penuh kepura-praan, maka itulah satu dari tiga faktor yang kita merasai Halawahnya (kemanisan iman) anugerah Allah swt.


Masa dan waktu yang masih berbaki akan diisi dengan sebanyak mungkin ketaatan dan amal soleh sebagai satu ikhtiar yang bersungguh-sungguh semuga Allah dengan rahmatNya akan memadamkan semua catatan 'kecelaruan' kita di masa silam. Itulah pengharapan kita yang sangat tinggi kepada Rabbul 'Alamin.


Bacalah kisah bagaimana kesungguhan sebahagian para sahabat yang diredhai Allah. Mereka telah mengisi saki baki usia mereka di fasa kedua (setelah beriman) dengan persembahan aqidah, jihad, muhasabah, ibadah, mujahadah. dakwah yang gemilang setelah mereka melalui fasa pertama kehidupan di zaman Jahiliah yang penuh dengan kegelapan, kekufuran, kepura-puraan, pendustaan, permusuhan dan sebagainya.














Fasa kedua hidup mereka di dalam Islam tidak disisa-siakan bahkan merekalah siraman baja dan matarantai kepada perjuangan suci ini. Harapan mereka pada Allah, agar segala kebejatan dan ketololan pasca jahiliah akan dilupakan Allah, dipadam dan dan dilenyapkan langsung dari catatan dan memori silam kerana bagi mereka 'mengenang' kan semua ketolololan dan kecacamarbaan silam itu sungguh menyekit dan menyiksakan jiwa.


Begitulah mujahadah mereka yang tulen. Generasi pertama Islam yang diiktiraf Allah sebagai ummah terbaik kerana penghijrahan total mereka. Mereka benci andai terpaling, terpalit, dan terjebak semula pada kehitaman dan kehanyiran jahiliah silam bahkan kalau dapat mereka tidak mahu ada lagi perkaitan dan pertalian dengan zaman penuh zulmat itu. Bagaimana dengan kita? Apakah hati masih terliur menjejeh dengan kejahatan dan dosa yang telah di Mufaraqah dan di Talaqkan? Apakah jiwa ada rasa berbunga dan masih kepingin mengulangi semula episod-episod hitam silam??


Diberitakan bahawa Amirul Mukminin, Umar Ibnul Khattab r.a. pernah mengungkapkan: " Tiada tempat (lokasi) yang telah ku isikan dengan kekufuran dan dosa di zaman jahiliahku, melainkan semuanya, aku telah isikan semula dengan keimanan amal soleh setelah keislamanku."

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial