INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, May 11, 2009

WARGA EMAS YANG DERMAWAN


TELUK INTAN: Dalam sepotong hadis, Nabi saw mengajar kita satu maklumat penting iaitu kalau hendak kenal orang yang betul-betul baik, antara ciri-cirinya ialah umurnya panjang dan baik pula amalannya.

Dalam ertikata yang lain, lagi panjang unur lagi dekat ke masjid surau, lagi kuat solat sunat, lagi banyak zikrullah, lagi banyak bersedekah, lagi kuat iman dan lagi halus akhlaknya. Inilah anugerah kebaikan yang Allah berikan di dunia lagi. Inilah antara Hasanah Fid Dunya yang sering kita mohon dan pinta kepada Allah SWT.


Nabi menyambung penjelasannya bahawa sebaliknya, orang yang betul-betuk jahat pula ialah orang yang panjang umur dan buruk pula amalannya.
Lagi panjang umur, lagi dia buat perangai tak senonoh. Ada pula yang setiap pagi dan petang asyik bersidai kat warung dan restoren, main dam atau tengok TV. Yang berduit pula berjoli dan berhibur sakan dekat pusat dangdut atau seumpamanya. Kubur dah kata mari..marii, tetapi dekat surau masjid tak nampak muka lagi. Umur pun sudah semakin senja dan semakin kelam bermakna semakin dekatlah untuk 'padam'.

Mudah-mudahan kita dipimpin Allah dari muda sampailah ke hari tua. Moga Allah kekalkan kita dalam hidayah, taufiq dan ketaatan sehinggalah ke akhir hayat kita. Semoga usia kita tidak habis ke jalan sia-sia. Amin.

Kita mahu jadi seperti mana Atuk Ahmad Sidek, 95 tahun, seorang warga emas yang niat dan amalan mulianya begitu mengujakan kita semua. Inilah petanda hamba yang dikasihi Allah yang cirinya tersebut di dalam mafhum hadis Nabi saw di atas.
Hajat beliau memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada masjid Kg Selabak sempena ulang tahun kelahirannya ke-95, tertunai juga akhirnya. Seluruh keluarga, kenalan serta penduduk Kampung Selabak amat terharu dengan sifat dermawan yang ditunjukan oleh beliau..

Ahmad Sidek Mohd Asiff yang dilahirkan pada 3 Mei 1915 menyerahkan sumbangan wakafnya itu kepada Pengerusi Masjid Al Saadah Kampung Selabak, Othman Tukiran.

Sumbangan Tanda Kasih Di Hati
“lnilah sumbangan yang dapat saya berikan sebagai tanda ingatan dan kasih kepada masjid di Kampung Selabak sebelum saya meninggal dunia dan berharap anak cucu saya dapat melakukan perkara sama,” katanya yang pernah menjadi pengerusi masjid berkenaan selama 50 tahun.
Ahmad Sidek yang lebih dikenali sebagai Pak Sidek turut terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air serta bergiat aktif dalam politik serta pelbagai aktiviti sukarela dan dakwah.

Beliau mempunyai 11 anak, tujuh lelaki dan empat perempuan selain 47 cucu dan 21 cicit.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial