INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, May 6, 2009

BERAPA LAMAKAH IA TIDAK MENGALIR?


Kecelaruan dan kecacamarbaan episod hidup yang lalu menuntut pengisian yang lebih bermakna pada episod-episod akan datang yang hanya sedikit berbaki. Satu Muhasabah 'Besar' harus dilakukan yang kemudiannya diikuti dengan pelan tindakkan yang praktikal dan berkesan. Kalau tidak, balar kehitaman dosa dan daki-daki mazmumah dalam episod silam itu akan menjadi susah untuk disental dan dibersihkan. Ia akan melekat terus di dalam lipatan catatan sampailah saat nama kita dipanggil untuk mengadap Allah Ar Rahman.

Amat menakutkan andai Malakul Maut menyapa dalam keadaan kita belum memulakan apa-apa. Catatan amalan kita masih ketandusan hasanat bak padang pasir tanpa setumpuk pun kehijauan fauna dan flora. Pengisian apa yang harus kita mulakan?



Telah disepakati bahawa Taubatlah semestinya menjadi faktor 'pemula' atau muqaddimah dalam rangka perjalanan pulang seorang Salik menuju Allah 'Azza wa Jalla.Taubat itulah yang semestinya menjadi gunung pertama untuk di daki para salikin sebelum pendakian gunung-ganang lain yang sedang menanti. Andai safar iman menuju akhirat ini tidak dimulai dengan pendakian gunung Taubat, langkah dan persiapan untuk kekal bermastautin di syurga akhirnya hanya tinggal angan-angan dan punah begitu sahaja kerana ianya langsung tidak menepati merit lagi tidak berpijak di bumi nyata.

Allah memerintahkan kita supaya bembersihkan diri dengan taubat Nasuha kerana ia adalah taubat yang tulin dan menepati kehendak Allah dan Rasul. Dosa-dosa besar tidak akan terlerai tanpa taubat Nasuha.Taubat Nabuha inilah yang menjadi mercu tanda kecintaan dan kasih sayang Allah swt terhadap Nabi saw dan sekelian umatnya.

Tidakkah kita menbaca syariat umat-umat terdahulu di mana sifat taubat mereka antaranya mestilah dengan membunuh diri? Setelah membunuh diri, barulah taubat mereka dikira sempurna. Ada juga yang diperintahkan bertaubat dengan cara berguling-guling di dalam pasir atau melumurkan diri dengan pasir dan selut.

Betapa besar rahmat dan kasih sayang Allah buat kita. Namun kita tetap sahaja mengabaikan anugerah yang sebesar ini. Kita masih sahaja melengah-melengahkan taubat juga menangguhkan persiapan bekal buat perjalanan pulang.

Alhamdulillah, mungkin kita telah pun bertaubat dan sentiasa bertaubat, namun tidak salah untuk kita selalu melihat dan menilai apakah tanda-tanda (alamat) taubat itu wujud dan terlaksana di dalam taubat kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dipimpin Allah ke jalan dan matlamat yang benar.

As Syeikh Syaqiq Al Balkhi menggariskan tanda-tanda taubat Nasuha buat renungan kita semua.

Ya... kita yang berselirat dosa. Kita yang berselaput dosa. Kita yang berlumuran noda. Kita yang tanpa kemurahan keampunanNya setiap hari dan setiap masa berada di dalam murka.

1. Menangisi dosa-dosa lalu. Ya, dengan tangisan yang banyak. Air mata yang deras bercucuran petanda benar-benar didakap keinsafan. Ohh, berapa lama sudah air mataku tidak mengalir untukmu ya Allah?

2. Takut dan bimbang terjebak atau jatuh semula ke kancah dosa-dosa silam.

3. Meninggalkan teman-teman yang buruk sikapnya, (Kawan-kawan keras hatinya lagi hidup bercandukan kejahatan. Mereka tidak akan membentu kita dalam proses hijrah ke arah kebenaran).

4. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh lagi terpilih. (Bergaul dan bersahabat dengan mereka diumpamakan bersahabat dengan penjual minyak wangi. Sekali pun tidak membeli darinya, namun kerana sering berada di kedainya dan duduk berdekatan dengannya, maka haruman wangian telah melekat ditubuh dan pakaian kita.Demikian kesan positif bila bersahabat dengan insan-insan mulia).Mudah-mudahan ada manfaat untuk diri saya sendir

1 comments:

watisaid...

assalamualaikum ustaz,

BERTUAHNYA diri andai dpt memikirkan soalan yg ustaz kemukan! Mungkin krn kepenatn dgn hal ehwal kerja & kluarga smpai mmbuatkan tak terlintas langsung dlm kotak pemikiran masing2. Dan BERTUAHNYA diri andai dpt RESERVEkan airmata ni hanya utk ALLAH semata2. Saya terasa BERTUAHNYA & BERSYUKURNYA diri saya krn ALLAH kurniakn sikit sebyk dpt melihat sesuatu perkara dgn pandangan mata hati... adakala segala musibah dpt diketepikan hanya dgn mengingatiNYA dgn zikrullah yg disertakan dgn penyerahn sepenuh jiwa ini kepada ALLAH waimah dlm LRT sekalipun, bergenang airmata.... ALLAH shj yg MAHA MENGETAHUI bagaimana perasaan ketika tu... ALLAHUAKBAR.... nasib baik dlm LRT, kena control airmata jgn smpai meleleh... nanti org kata apa plak dgn pompuan ni... Bila dipikirkn balik, itu baru sikit, mcm mana plak ahli2 sufi serta para2 sahabat Rasulullah yg imannya payah utk ditandingi.... semuanya dgn IZINNYA belaka.... SUBHANALLAH............

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial