Selain menjadi ‘pengikat’ kasih antara suami dan isteri, anak-anak adalah amanah yang dititipkan Allah pada mereka yang bergelar ibubapa.
Anak-anak ibarat layang-layang. Setinggi dan sejauh manapun kita melepaskan layang-layang keudara, namun hujung talinya tetap kemas di dalam genggaman kita. Maka demikianlah dengan anak-anak kita. Sekalipun mereka sudah menjejakan kaki ke sekolah menengah apalagi ke menara gading di ipt, ibubapa sekali-kali tidak boleh melepaskan mereka bergerak bebas tanpa nasihat, panduan dan peringatan.
Membiarkan anak-anak hidup sendiri tanpa didikan, panduan dan nasihat samalah kita melepaskan mereka ke lautan luas menaiki kapal yang bocor lagi tiada radar, sauh dan kompas.
“..Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak cara berhemah mengikut peringkat usia.
Janganlah memberi kebebasan berlebihan kepada anak sehingga mendorong mereka terjebak dengan gejala sosial sekali gus menimbulkan masalah kepada keluarga dan juga masyarakat..,” demikian kata Hasbollah Md Samad, Pegawai Penggerak Keluarga Sakinah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Abong.
Sesungguhnya kebebasan tanpa pimpinan atau pun memberikan kebebasan yang terlampau-lampau pada anak hanya akan menjadikan rohaniah mereka rosak dan tercedera.
Anak lelaki yang dibiar terlalu bebas dibimbangi akan terbabas. Anda perempuan yang dibiarkan bebas pula akan di ‘kebas’ atau di’libas’ oleh buaya-buaya darat yang hanya menanti peluang. Bila anak-anak sudah terbabas ataupun dilibas, akhirnyanya otak mak ayah pula jadi ‘kebas’.
Kesan Kebebasan Yang Keterlaluan
“..memberi kemewahan keterlaluan dan kebebasan berlebihan bukan cara untuk membuktikan kasih sayang kepada anak, sebaliknya tindakan itu ada masanya boleh menjerumuskan mereka ke kancah maksiat dan jenayah, “ nyata beliau lagi.
Memang benar. Ini masalah keibubapaan. Ini isu pendidikan yang tidak boleh berdiri tegak hanya dengan emosi semata-mata. Ia mesti disuluh dengan lampu wahyu. Memberi kasih sayang itu suatu kewajipan dan tanggungjawab namun kasih sayang yang tidak kena tempatnya atau kasih sayang yang tidak seiringan dengan ketegasan hanya akan memusnahkan rohaniah anak-anak. Ia pengalaman yang telah dilalui oleh ramai orang. Semuanya melafazkan kekesalan, kekecewaan dan kesilapan.
Isunya, dalam kontek dunia serba materialistik ini berapa ramaikah lagi ibubapa yang akan bersetuju dengan kenyataan Encik hasbollah ini? Ya, Insya Allah, ibubapa yang perihatin akan segera setuju dan mengiyakan pandangan ini namun menurut pengalaman kita juga ada ibubapa yang akan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. “Dulukan kita orang susah? Jadi, sekarang, apa salahnya kita manja dan mewahkan anak-anak,” tanya mereka dalam nada marah.
"..Gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan remaja masa kini berpunca daripada kelalaian ibu bapa bukan saja daripada segi mendidik anak, tetapi sengaja membiarkan mereka bebas berbuat apa saja tanpa sebarang pemantauan," katanya lagi ketika menyampaikan ceramah Keluarga Sakinah Modul ke Lima, di Surau Nuruljannah, Taman Tun Dr Ismail 5, Jalan Sungai Abong, di sini, baru-baru ini.
Menurut Islam, bukan anak sahaja yang boleh dicap ‘derhaka’. Kesilapan dan kelalaian ibubapa dalam mengendali, memantau dan menguruskan pendidikan anak-anak juga bakal menggolongkan mereka dalam kelompok ‘ibubapa derhaka’ sepertimana yang diungkap oleh Saidina Umar Al Khattab r.a. Mpga kita dapat mengambil ingat dan menginsafi hal ini.
Mendidik mengikut peringkat umur
Hasbollah berkata: “..ibu bapa juga seharusnya memahami kaedah mendidik anak berdasarkan tahap umur mereka, iaitu di peringkat pertama bermula daripada tujuh hari selepas dilahirkan sehingga berusia tujuh tahun dan tahap kedua daripada tujuh tahun hingga ke 15 tahun…”
Peringkat Pertama
1) Anak-anak diperingkat ini memerlukan didikan kerohanian yang menumpukan kepada kasih sayang dan kesopanan dengan mengajar mereka supaya menghormati orang tua dan saudara mara yang lebih dewasa.
2) Peringkat Kedua
Anak yang mula meningkat remaja perlu disemai dengan keimanan serta memberi bimbingan terhadap ajaran agama supaya mereka tidak mudah terjebak ke kancah gejala sosial.
"Anak di peringkat remaja juga perlu dilengkapkan dengan pengetahuan asas keagamaan termasuk memastikan mereka khatam Al-Quran sebelum mencapai usia 15 tahun," kata Hasbollah mengakhiri pesanannya.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment