JAKARTA 20 Mei – Firman Allah ygang bermaksud: “.. Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.”( Surah Al-Araf ayat 34 ).
Itulah gambaran apa yang ingin kita katakan terhadap korban sebuah pesawat jenis Hercules milik Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) yang terhempas terhempas di kawasan sawah, Jawa Timur pagi tadi.
“..pesawat berkenaan yang membawa 13 krew berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kusuma, di sini pada pukul 5.11 pagi dan terhempas ketika mendarat pada pukul 6.25 pagi,” lapor Pegawai TNI-AU, Hendry Bambang ketika dihubungi stesen televisyen tempatan, tvone.
Menurut Utusan Malaysia Online, Sebanyak 59 orang terbunuh, manakala 13 lagi cedera parah apabila pesawat tersebut terhempas di kawasan sawah di Desa Geplak, Magetan, Jawa Timur.
Dalam pada itu agensi berita AFP dan Reuters melaporkan sehingga kini sebanyak 78 orang terkorban di dalam tragedi tersebut.
Surah al fatihah kita hadiahkan kepada mangsa korban yang beragama Islam dan berharap sekelian ahli keluarga mereka dapat tabah dan bersabar.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment