INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, May 17, 2009

LEPTOSPIROSIS YANG JARANG BERLAKU


PULAU PINANG 15 Mei - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar berusia 21 dilaporkan mati pada 7 Mei lalu manakala 26 lagi dirawat di dua hospital di negeri ini akibat dijangkiti leptospirosis.


Apakah dia leptospirosis?
Iaitu penyakit yang kini jarang berlaku disebabkan kencing tikus. Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dibawa oleh tikus dan beberapa haiwan pemusnah lain.

Apakah simptomnya?
"Mangsa menunjukkan simptom demam panas, batuk, lesu dan masalah membuang najis.

Apakah punca kematian mangsa?
Berdasarkan sampel darah menunjukkan mangsa mati akibat penyakit tersebut selepas dipercayai minum atau mandi menggunakan air dicemari kencing tikus di depot tahanan berkenaan.

Bagaimana ia boleh merebak?
Ia merebak kepada manusia melalui kesan luka, mandi dan minum air yang dicemari atau terkena gigitan haiwan yang membawa penyakit itu.

Utusan online @ sahabatamal


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial