INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, May 26, 2009

ANTARA WAS-WAS SYAITAN DAN NAFSU


“Ada perbezaan di antara was-was syaitan dan was-was nafsu.” Saya amat tertarik dengan maUduk ini yang tertera dalam sebuah kitab yang saya baca baru-baru ini. Perasaan untuk tahu lebih mendalam mengenainya terasa membuak-buak di dalam hati.

Ya, mungkin dahulu pengetahuan saya mungkin terhenti pada wujudnya was-was iblis dan syaitan sahaja, tak kira dari kalangan jin dan manusia. Sekarang saya nak tahu pula apakah yang dikatakan was-was nafsu bikinan nafsu pula. Dan satu lagi apakah yang dikatakan perbezaan di antara was-was yang datang datang dari dua makhluk yang disebut musuh batin manusia itu?


Setelah makalah ‘perbezaan antara was-was syaitan dan nafsu’ itu terus dihadam, kedua-dua jawapan yang saya ingin tahu terjawab sekali. Dan sangat-sangat terjawab pula satu perkara yang lebih besar, bahawa dalam tempoh 40 tahun singgah di dunia ini, saya pasti bahawa diri ini pernah menjadi ‘mangsa’ was-was dari kedua-dua syaitan dan nafsu itu. ‘Ya Allah, peliharalah daku dari tipuan dan was-was keduanya pada masa akan datang’.

Was-was Syaitan
Firman Allah: “Katakanlah:" Aku berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaithan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. (Surah An Nas: 1-6)
Bagi syaitan, maksiat apa pun yang manusia lakukan, itu tak penting baginya, dia tak ambil pusing sangat hal itu. Matlamat dan tujuanya hanya mahu melihat manusia terjebak dan jatuh ke dalam maksiat, tak kira maksiat kepada Allah ataupun maksiat dengan sesame manusia. Ya, yang penting bagi syaitan, melahir dan meng’kader’kan seramai mungkin ‘penderhaka-penderhaka’ junior yang akhirnya bakal bergabung pula di dalam kelab ‘penderhaka-penderhaka ‘ senior.

Sebab itu kita lihat manusia melakukan kejahatan yang pelbagai dari sekecil-kecil hingga kesebesar-sebsarnya. Daripada syirik, menderhakai ibubapa, bercakap bohong, zina, homoseks, lesbian, minum arak, main judi, rasuah, riba, ragut, bunuh orang, pecah amanah, mencuri, menfitnah, mengumpat, riya, ego, zalim, cakap bohong, mungkir janji dan 1001 maksiat lagi yang ada.

Kepelbagaian bentuk dan jenama maksiat yang kita senaraikan itu adalah perlambangan (mercu tanda) kepada kejayaan besar syaitan dan sekutu-sekutunya. Matlamatnya untuk membenamkan manusia ke dalam kancah maksiat telah pun tercapai. Dia sangat gembira dengan warna-warni maksiat yang telah ditaja olehnya.


Was-was bikinan nafsu

Habis tu, bagaimana pula was-was bikinan nafsu?

Berbeza dengan syaitan, nafsu ammarah tidak pentingkan kepelbagaian maksiat itu. Ya, pastikan perkara ini. Kepelbagaian maksiat adalah ‘trademark’ syaitan sebagaimana yang kita sebutkan di atas.

Keberkekalan dan ‘konsisten’ seseorang terhadap maksiat tertentu itulah sebenar-benarnya was-was dan agenda nafsu. Bilamana seseorang itu kekal tenggelam di dalam maksiat yang khusus (tertentu) , maka itulah kejayaan nafsu.

Perhatikan, seseorang yang ‘merokok’ untuk satu tempoh yang lama itu adalah was-was dan fitnah nafsunya sendiri.

Kiaskan pada penagih tegar, peragut tegar, perompak tegar, pemuja aktiviti melepak samada dekat restoran shopping kompleks, kelab-kelab malam, pelacur dan penzina tegar, peragut tegar, samseng jalanan, malas solat, malas belajar, tabiat pebotor, banyak tidur, banyak makan, banyak cakap, suka bawa cerita (mami jarum), boros, hasad dengki, tak bertegur sapa dan banyak lagi.

Kenali dan fahami method syaitan dan nafsu

Andai kita inginkan perlindungam dan keselamatan, redha Allah dan kenikmatan syurgaNya, adalah sangat penting kita mengetahui bagaimana rupa tipudaya dan was-was yang dijelmakan oleh kedua musuh tersebut.

Kenapa? Kerana samada syaitan maupun nafsu, kedua-duanya mahu kita meyimpang jauh dari jalan Allah swt.

Imam al-Ghazali sendiri menjelaskan ada tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan. Salah satu daripadanya ialah: Mempelajari taktik, was-was dan tipu daya syaitan atau strategi se rangannya.

Sebagai hamba Allah, hendaklah dipasakan ke dalam jiwa bahawa inilah dugaan Allah buat sekelian hamba-hambaNya untuk melihat dan menguji siapa di kalangan mereka yang akan patuh, taat dan berserah diri kepadaNya dan siapa pula yang akan berpaling memberi kepatuhan kepada syaitan dan nafsu.

Kegagalan untuk melepas diri dari menjadi mainan was-was syaitan dan nafsu bakal menjadikan manusia merana berpanjangan, dari dunia sampailah ke akhirat.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial