INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, May 9, 2009

'MAKAN ULAM, JANGAN TAK MAKAN'


KUALA TERENGGANU: Nabi saw mendedahkan bahawa ada dua nikmat yang ramai manusia mengabaikannya. Itulah nikmat kesihatan dan masa lapang.

Yang tak hargai kedua-dua nikmat berharga tu termasuklah saya ni. Asyik-asyik tak sihat saja. Sebab apa tak sihat? Sebab tak jaga kesihatan. Macam yang Nabi sebut dalam mafhum hadis di atas.

“..Saya tabik dengan ayah saya kat kampong nun. Kg Guar Syel Alwi, Kangar, Perlis. Umur dah 73 tahun. Tahun ini insya Allah, pergi haji. Sampai hari ni, setiap waktu solat kayuh basikal pergi masjid. Nak tengok muka ayah saya? Ha, ada terpampang kat blog saya nilah. Bawah gambar emak saya.”

“..Tudiaa, kayuh basikal hari-hari. Jantung dia sihat. Satmina lagi. Kita hari-hari pekena kopi Tongkat Ali, Guarana, Ubi jaga, Mas Cotek.., hmmphh dok macam tu jugak. Sikit-sikit dah larat. Senang cerita kurang senaman.”


Kala baca cerita Tok Ngah man dalam BeritaHarian Online harini, lagilah rasa kagum. Malu lagi ada. Jom baca sedikit sedutan temubual wartawan BHonline dengan beliau:

"Tok tak amal apa-apa petua. Cuma pantang minum ais dari dulu lagi, selain suka makan ulam terutama yang pahit kerana Tok percaya khasiatnya sangat banyak.”

"Alhamdulillah, Tok bersyukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana penyakit osteoporosis sejak lima tahun lalu,” cerita ibu tertua di Kuala Terengganu, Ngah Man yang usianya kini mencecah 100 tahun masih kekal sihat serta ceria.

Katanya menjadi kegemaran Tok Ngah Man makan pelbagai jenis ulam, mengamalkan minum air suam dan sentiasa aktif ketika zaman mudanya. Inilah antara rahsia penjagaan kesihatannya. Yang menariknya dia masih kuat ingatan terutama dalam mengingati tarikh dan kejadian penting dalam hidupnya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial