INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, May 8, 2009

KITA KEKURANGAN PENDAKWAH WANITA?


KUANTAN: Merencana, menyusun dan menggerakkan dakwah adalah isu yang sangat penting lagi mulia kerana ia adalah usaha merealisasikan kelangsungan kesinambungan perjuangan Nabi saw.

Tanpa dakwah, umat Islam akan terus tertidur, layu dan longlai. Tanpa dakwah, agama Islam sentiasa terdedah kepada bahaya dalaman dan luaran. Tanpa dakwah, umat Islam akan terus leka terbius dengan fitnah dunia, nafsu dan syaitan. Tanpa dakwah juga, umat Islam akan mati sebelum mati sebenar.

Sebagaimana perlunya kita meramaikan pendakwah lelaki, maka demikian juga kita perlu menggerakkan usaha melahirkan lebih ramai kader-kader dakwah dari kalangan muslimat.
Dewasa ini, permasalahan semasa golongan hawa meliputi aspek rohaniah, penghayatan dan kefahaman agama, aurat dan pergaulan, kekeluargaan mau pun aspek kerjaya dilihat semakin mencabar dan ini tentunya memerlukan sentuhan dakwah yang berkesan dari kalangan pendakwah-pendakwah wanita yang berilmu (khasnya ilmu dakwah), kuat jiwa, berkemahiran tinggi, pintar lagi bijaksana.
Selain itu, amat penting juga bahawa diberikan penekanan bahawa suka ataupun tidak, pendakwah (da’ie) adalah role model kepada masayarakat selain mereka juga adalah mu’allim (guru), Murabbi (pendidik), Muslih (pendamai & pengelok), Mursyid dan sebagainya.

Menyedari kekurangan penceramah wanita yang mampu menarik perhatian orang ramai mengikuti forum dan ceramah agama mendorong Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) melahirkan lebih ramai penceramah golongan hawa yang bukan saja petah berkomunikasi malah bijak melontarkan idea.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jaip, Al Fadhil Badli Shah Alauddin, berkata:
1. Jaip memberi peluang sama rata, khususnya kepada penceramah tempatan atau dari negeri lain untuk muncul di media elektronik atau cetak.

2. Di negeri ini, kita kekurangan penceramah wanita hingga mendorong Jaip mengadakan sesi pemilihan bagi memastikan negeri ini tidak ketandusan penceramah berbakat dan berkaliber.
3. Kemunculan penceramah baru diharap dapat menarik perhatian umat Islam mengikuti program yang anjurkan Jaip atau badan bukan kerajaan (NGO).




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial