NEW DELHI: Ya, makan itu harus sahaja hukumnya. Nak makan, makanlah. Kalau tak nak makan tak payah makan. Tetapi, kerana isu makan atau makanan jugalah bermacam-macam peristiwa berlaku atas dunia Ini.
Ada orang (negara) yang kebuluran kerana tak cukup makan. Ada orang mogok tak nak makan. Ada program yang memasukan dalam tentatifnya enam kali jadual makan sehari semalam. Mewahh betul. Ada pula orang mati sebab banyak makan. Ada orang sanggup mencuri kerana nak beri anak-anak makan. Ada orang yang hari-hari kerja MAKAN orang. Termasuklah juga ada orang yang akan mengamuk dan sanggup membunuh kerana sebab isu makan juga.
Percaya kah anda, seorang isteri telah dicampak oleh suaminya ikut tingkap dari tingkat pertama rumah mereka? Itulah ceritanya. Menurut akhbar Asian Age hari ini kejadian tersebut berlaku di timur Delhi semalam, apabila jurufoto Sanjay Singh pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan meminta isterinya Manju, 34, menghidangkan makanan.
Demi melihat CAPATI basi yang dihidangkan oleh isterinya, beliau terus meradang dan mengamuk sakan. Apa lagi, berlakulah perbalahan antara pasangan itu.
“Ayah mengambil tukul besi dan memukul emak di bahagian dada, kepala dan bahu sebelum mencampaknya dari tingkap atas,” cerita tiga orang anaknya yang menyaksikan kejadian itu.
Ya, memang benar isteri harus bertanggungjawab melihat dan mengurus makan pakai suami dan anak namun suami janganlah sampai sekejam dan sezalim ini. Janganlah kita di Malaysia ni sampai jadi begitu hendaknya.
“Apa terjadi kepada Manju selepas itu?”
“Ibu Sanjay segera mengejarkan Manju ke hospital berdekatan di mana keadaannya dilaporkan kritikal sebelum membuat laporan polis,” lapor pihak polis pula.
Sebelum perstiwa ini, dilaporkan pada awal bulan Mei lalu, seorang peniaga di wilayah Rajasthan, mengetuk paku ke atas kepala isterinya yang mengandung kerana gagal membawa dowri yang secukupnya selepas perkahwinan mereka.
Hasil pemeriksaan X-ray, doktor mendapati paku berukuran tiga sentimeter terbenam dalam tengkorak isteri berusia 24 tahun itu.
Saya teringat Nabi saw bertanya kepada seorang lelaki yang memukul isterinya. “Dia buat hal itu ini (buat perangai),”jawab lelaku tersebut. Nabi saw bersabda: “Aku bukan hendak tahu kenapa kamu pukul isteri kamu, tetapi aku ingin bertanya kenapa kamu memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”. Lelaki itu diam terkesima.
Bernama/BeritaOnline@sahabatamal
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment