INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, May 14, 2009

ANAK-ANAK KECIL TERUS MENJADI MANGSA



KABUL: Peperangan selalunya hanya mencetuskan kemusnahan dan ketidak adilan. Pencerobohan dan penaklukan pula hanyalah titik tolak pada kekejaman, penzaliman dan ketidak tentuan. Atas order memerangi 'keganasan' nyawa anak-anak, wanita dan orang tua menjadi taruhan.

Alangkah kejamnya perangai manusia. Bagaimana kalau ianya terkena dan berlaku pada anak-anak mereka sendiri? Mereka tentu tidak mampu menjawabnya kerana naluri fitrah mereka telah mati semati-matinya sebelum hadir maut yang sebenar.

Ekoran pertempuran antara tentera Amerika Syarikat dan militan Taliban di barat negara itu, dilaporkan seramai 95 kanak-kanak Afghanistan adalah antara 140 yang terkorban menurut senarai dikeluarkan pegawai Kabul. Inilah kejahatan perang sebagaimana yang sering kita katakana. Seperti biasa Washington segera menyangkal keras dakwaan itu. “..Tiada bukti fizikal menyokong’ senarai korban itu.” Kata Jurucakap tentera Amerika, Kolonel Greg Julian sambil menuduh angkara Talibanlah yang menyebabkan korban seramai itu.

“..Enam puluh lima daripada mangsa dalam senarai adalah wanita, sama ada dewasa atau kanak-kanak,” kata ahli perundangan Farah, Obaidullah Helali, seorang anggota pasukan siasatan kerajaan. Rakyat Afghanistan menyalahkan serangan Amerika atas kematian dan kemusnahan kampung Gerani dan Ganjabad di wilayah Farah.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial