LONDON: “Adalah wajar bagi blok Barat dan blok Muslim berusaha secara bersama bagi menghadapi cabaran global walaupun keganasan dan konflik pada masa lampau didapati 'menjejaskan' perhubungan di antara kedua-dua blok itu..” kata Menteri Luar Britain, David Miliband
“Campur tangan Britain, daripada penyebaran agama Kristian hingga ke serangan ke atas Iraq, mewujudkan ketidakpercayaan di kebanyakan negara, sehingga timbul 'perasaan kemarahan, ketidakpercayaan dan kekecewaan,” akui Miliband ketika berucap di Pusat Oxford bagi Pengajian Islam baru-baru ini.
“..Sejarah perhubungan di antara Eropah dan dunia Islam selama ini dicorakkan dengan 'penaklukan, konflik dan kolonialisme. Ancaman perubahan iklim, keganasan, wabak penyakit dan krisis kewangan terlalu besar dan terlalu tersebar meluas...jadi kita memerlukan gabungan negara dan pergerakan politik dalam bentuk lebih luas..”
"Jika kita ingin membina semula perhubungan - bagi membentuk gabungan lebih meluas - kita perlu lebih menghormati pihak lain. Ini bermakna kita harus menolak cara lama dan bergerak melampaui pembahagian yang diwujudkan antara golongan sederhana dan ekstrim," ujarnya lagi. AFP
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment