YAN, KEDAH: Selama mana kita berbuat kebaikan dan kebajikan, maka selama itulah kasih sayang Allah akan menyertai kita. Itulah janji Allah yang pasti bahawa para muhsinin tidak akan dipersiaKan. Dan keyakinan itulah yang harus disematkan di dalam jiwa setiap umat yang rindukan kasih sayang Allah.
Kebajikan pula, andai dilaksanakan secara amal jama’ie dan disasarkan kepada manfaat kuantiti ummah yang ramai, maka itulah yang sebaiknya menurut fiqh keutamaan sepertimana yang diajarkan oleh Islam di dalam syariatnya yang kamil.
Atas kesedaran itulah, Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Koperasi Ukhwah) memperuntukkan lebih RM200,000 setahun untuk menjalankan pelbagai program pendidikan dan kebajikan di seluruh negara.
”Dana itu adalah hasil sumbangan setiap ahli Koperasi Ukhwah yang menderma sebanyak RM8 setahun melalui yuran khairat kebajikan,” jelas Pengerusinya, Mustapa Kamal Maulut.
Ya, RM8 bukanlah satu nilai yang besar dalam kontek perbelanjaan hari ini, namun dalam makna derma khairat dan sumbangan ikhlas saudara muslim kepada saudara muslimnya yang lain, maka ia amat besar dan bermakna di sisi Allah swt.
Bayangkanlah berapa jumlah derma yuran khairat kebajikan yang dapat dikumpulkan andai setiap seorang dari 100,000 ahli mendermakan secara tetap setiap tahun sejumlah RM8 itu tadi! Bagaimana pula andai ahlinya berjumlah 500 ribu atau sejuta orang! Ia sudah tentu memberikan manfaat yang besar pada ummah tercinta.
”Melalui Skuad Uhkwah di Hatiku yang ditubuh pada Mac lalu, dana itu akan disalurkan untuk pelbagai program pendidikan dan kebajikan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk golongan kurang upaya dan miskin. Perlis dan Kedah dipilih bagi memulakan program ini,” jelas beliau lagi.
Aktiviti kebajikan anjuran Koperasi Ukhuwah Malaysia antaranya:
1. Program membaikpulih dan menyelenggara surau Surau Kampung 18 Luar , Guar Chempedak yang berusia hampir 40 tahun selepas mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa dan pengasasnya.
2. Sumbangan kepada golongan miskin.
3. Pembayaran elaun kepada seorang guru yang membuka kelas agama di surau berkenaan.
4. Peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina sebuah rumah untuk penduduk miskin di Kampung Selamat, Padang Lembu, Pendang.
Menurut Mustafa lagi, Skuad Ukhwah akan menjalankan program terbabit di seluruh Malaysia untuk mendekati masyarakat terutama di luar bandar disamping mengenalpasti permasalahan yang berlaku sebelum menyampaikan sumbangan dalam kepada penduduk di situ.
"Pada bulan depan, skuad ini akan turun mendekati penduduk Orang Asli di Temerloh dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.
"Program ini memberi peluang kepada kakitangan Koperasi Ukhwah untuk memahami budaya masyarakat dan permasalahan setempat selain menjalankan tanggungjawab sosial organisasi," katanya.
Kesimpulan, kita hendaklah menyokong serta mendoakan kejayaan usaha dan program yang mulia sebegini agar ia terus maju dan berjaya di masa depan demi kebajikan dan manfaat sekelian ummah. Inilah roh UKHUWAH yang dikehendaki Allah san Rasul saw.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment