INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, May 30, 2009

MUNGKIN INI KALI TERAKHIR KAMU JUMPA IBU KAMU

KUALA LUMPUR: "Kamu pergi minta maaf dengan ibu kamu sekarang. Selepas ini kamu akan dipenjarakan, kalau umur kamu dan ibu panjang, kamu dapat bertemu kembali dengan ibu tetapi jika tidak, inilah kali terakhir kamu akan jumpa dia," kata Hakim Zainal Abidin Kamarudin kepada Saudara Muhammad Solihin Jaludin.

Mungkin anda masih ingat entri (post) saya pada 23 Mei lalu bilamana Tuan Hakim yang sama (seperti nama di atas) telah memberi nasihat kepada seorang pemuda di atas kesalahan meragut. Nasihat penuh tulus dan bijaksana itu menjadikan pemuda tersebut tidak keruan dan menagis teresak-esak lalu meluru kepada ayah dan kakaknya memohon keampunan dan kemaafan.


Semalam Mahkamah Sesyen menyaksikan peristiwa yang hamper sama. Setelah nasihat tuan hakim, suasana mahkamah jadi sayu seketika apabila seorang pemuda berusia 22 tahun menangis meluru memohon keampunan sambil mencium pipi ibunya selepas dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana kesalahan merompak pistol milik seorang anggota polis. Semuga Allah memanjang usia tuan hakim di dalam ketakwaan dan kerahmatan.

Suadara Muhammad Solihin Jaludin, menangis teresak-esak sambil memeluk erat serta mencium berkali-kali pipi ibunya, memohon kesalahannya dimaafkan menyebabkan petugas mahkamah dan orang ramai yang hadir di galeri awam turut mengalirkan air mata.
Ibu tertuduh yang berusia 59 tahun turut menangis teresak-esak dan dilihat tidak mampu berkata-kata apa-apa kerana tergamam dengan tindakan spontan anaknya itu.
Kami dikomuniti sahabatamal mendoakan supaya saudara Muhammad Solihin dan sekelian umat Islam dikurniakan pimpinan dan hidayahnya selalu. Semuga kejadian ini menjadi titik keinsafan dan perubahan ke arah kebenaran, insya Allah. Semoga akhir hidup kita dapat kita isikan dengan amalan-malan yang mulia lagi dikasihi Allah.
Bharian online@sahabatamal




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial