INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, May 8, 2009

"Saya janji akan jaga adik-adik"


TUMPAT: Allah sahajalah Yang Mengetahui segala hikmah yang tersirat di dalamnya. Sejak azali lagi telah diwartakan bahawa dunia ini adalah negara ujian dan dataran dugaan. Tiada siapa yang terlepas dari maksud dan rencana tersebut.

Sebagai anak sulung yang baru sahaja berusia 13 tahun, kematian ibu yang tercinta sesungguhnya merupakan dugaan hidup yang amat berat dirasakan. Pilu dan sedihnya sukar dibayangkan. Melalui hari-hari yang mendatang tanpa ibu di sisi terasa berliku dan menyesakkan. Namun, kerana berpegangkan bahawa kematian adalah pasti anakala yang hidup harus meneruskan kehidupan, dia cuba menelan segalanya penuh redha, tabah dan pasrah. Fikirnya, kalau ia terus berduka dan berhiba bagaimana nanti keadaan empat adik-adiknya yang masih kecil.
"Saya janji akan jaga adik-adik... setiap hari saya akan memasak, mengemas rumah dan membasuh baju. Saya sudah biasa buat kerja rumah kerana sebelum ini selalu membantu arwah ibu," kata adik Nor Idayu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok, itu juga berjanji menjaga semua adiknya dengan sempurna seperti mana pengorbanan arwah ibu mereka, Saripah Mohd Nor, 31, sepanjang hayatnya sebelum menemui ajal dalam kejadian menyayat hati angkara peragut bermotosikal yang tak berhati perut.

"Selepas ini, kakak (Nor Idayu) kena jaga adik kerana mak dah tiada. Kamu semua mesti belajar rajin-rajin dan pandai membawa diri," pesan ayahnya, Mohd Zani Awang yang, sambil menitiskan air mata.
"Saya tak tahu apa perancangan selepas ini... serah pada takdirlah," sambung Mohd Zani menahan sebak sambil memeluk anak bongsunya, Siti Najwa, 2, yang tidak henti menangis kerana merinduinya arwah ibunya.
Sahabat Amal: Mari sama2 kita hadiahkan surah al fatihah kepada AlMarhumah Puan Saripah Mohd Nor.



1 comments:

~me~ said...

Assalamualaikum Ustaz.
Memang sedih nah melihat peristiwa ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Marilah juga kita sama-sama mendoakan keluarga almarhumah sentiasa berada dalam perlindungan dan Rahmat Allah SWT. Dan semoga dipermudahkah segala urusan mereka. InsyaAllah. Ameen.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial