INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, May 23, 2009

"KAMU SAYANG IBUBAPA KAMU?"

KUALA LUMPUR: Di mahkamah Sesyen semalam, kelihatan seorang remaja menangis teresak-esak sambil melutut di kaki bapa dan kakaknya memohon kemaafan selepas mengaku bersalah atas tuduhan meragut beg tangan.

“Kamu sayang kedua ibubapa kamu?,” Hakim Zainal Abidin Kamarudin menyoal Mohd Faisuseh.

“Sayang Yang Arif. Saya sayang mereka sepanjang hayat, ” jawabnya dalam nada sebak.


“Kalau kamu sayang mereka, kamu kena berubah. Kamu yang akan mencorakkan masa depan sendiri dan keluarga hanya mampu memberi nasihat. Kalau diikutkan, saya mahu kenakan hukuman penjara terhadap kamu kerana tempat itu sesuai dengan kamu,” sambung tuan hakim lagi.

Selepas mendengar nasihat tuan hakim, Mohd Faisuseh Ibrahim Chong, 20, yang berdiri dalam kandang tertuduh, sambil menangis terus meluru ke arah bapanya, berlutut dan memegang kedua-dua tangan serta memohon keampunan.
Bapa tertuduh, Ibrahim Chong Abdullah dilihat mengusap lembut kepala anaknya dan sebaik menerima kemaafan daripada bapanya, tertuduh melutut di hadapan kakaknya, yang turut menangis menyaksikan peristiwa itu.
”Hukuman khidmat masyarakat wajar dikenakan terhadap tertuduh kerana dia bersalah kepada masyarakat dan perlu membayarnya dengan berkhidmat kepada mereka…”
“Saya sarankan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya individu yang terbabit dalam jenayah ragut ini, dikenakan hukuman berkhidmat di hospital bagi membantu mangsa ragut, supaya mereka dapat melihat sendiri trauma dialami mangsa,” kata tuan hakim lagi.

Berita Harian Online @ sahabatamal

SahabatAmal:
Saya terharu dengan tiga perkara dalam peristiwa benar ini.
1. Nasihat dan kata-kata Hakim Zainal Abidin yang penuh didikan, bermotivasi lagi menyentuh perasaan.
2. Kejujuran dan keikhlasan Mohd Faisuseh memohon kemaafan dari ayah dan kakaknya. Kejadian ini mudah-mudahan menjadi detik keinsafannya. Sabda Nabi saw: “Setiap ana Adam itu melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah itu ialah yang bertaubat”.
3. Kemaafan yang dihulurkan oleh Encik Ibrahim Chong Abdullah kepada anaknya. Kemaafan yang sungguh tulus. Memberikan kemaafan di saat mampu menghukum dan memarahi, adalah kemaafan yang sangat dianjurkan agama dan menepati sunnah Nabi Muhammad saw.





0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial