“Simpan, jangan tak simpan!”
“Nak simpan apa?”
“Simpan nombor ni. Nombor 15888. “
Aihh, macam pelik jer nombornya?
“Pelik apanya? Inilah nombor aduan SMS ke JAWI (Jabatan Agama Wilayah Persekutuan). Mulai hari ini kamu kena simpanlah nombor ni dalam telefon bimbit kamu. Banyak manfaatnya.”
“Boleh hantar ka SMS minta borang kahwin?”
“Hisyyhh kamu nihh, fikir kahwin saja. Apapun, menurut maklumat dari JAWI yang aku baca, memangla boleh. Kamu smskan saja maklumat kamu, nanti pihak JAWI akan emeailkan kat kamu borang nikah tu.”
“Cantikkklah kalau macam tuhh.”
“Tapi, kamu kena tahu, tujuan pertama dan utama kenapa JAWI lancarkan nombor SMS aduan ini adalah untuk membendung maksiat dan zina dari terus berleluasa. JAWI mengajak semua orang Islam khasnya yang berada si sekitar Wilayah Persekutuan sama-sama menghalang aktiviti tidak sihat ini dan kena berpakat-pakat mencegah aktiviti-aktiviti mungkar.”
“Ehh, bagus sangatlah nii. Ini Sudahhh canggih. Memang pun kita kena pakat-pakat cegah benda-benda yang tak elok nih.”
“Mudah saja cara nak SMS ke Jawi tau. Hantar saja aduan kita ke nombor 15888 tadi. Aduan tadi akan terus diterima oleh pihak Penguatkuasa Jawi untuk tindakan seterusnya.”
“Ya, betul. Kita kena serahkan bahagian tindakan ni pada penguatkuasa JAWI.”
“Kamu tahu apa Pengarah JAWI kata?
“Ha, dia kata apa ya?”
“ Dia kita tujuan kita laporkan kejadian maksiat dan khalwat ni bukan sahaja kerana kita tidak mahu bersekongkol dengan maksiat itu, tetapi juga kerana nak jaga imej Islam itu sendiri!”
“Aku setuju sangat. Siapa nak jaga Islam kalau bukan kita? Memang sungguh memalukan. Haii, tak tau nak mana muka ni.”
“ Pasal tu lah Nabi saw kata, akhir zaman nanti, manusia yang tak malu buat zina tu serupalah dengan kaldai dari sudut perangainya atau memang betul-betul dah jadi kaldai.”
“Haa, berapa negeri yang dah ada sistem aduan menerusi SMS macam ni?”
“Setakat ni, yang aku tahu baru Jawi. JAWI adalah satu-satunya Jabatan Agama Islam yang memperkenalkan sistem perkhidmatan SMS ini.”
“Macamana pula kalau ada orang guna sistem aduan SMS Jawi ni secara salah?”
“Silap besar laa. Sikap buruk macam tu boleh mengundang salah faham dan fitnah. Saja cari penyakitlah tu. Apa dia lupakah yang setiap aduan melalui SMS ini lengkap kerana tertera nombor telefon pengadu ada dan akan disimpan sebagai rujukan fail lagi.”
"Siapa yang salah guna, kena tindakanlah jawabnya.”
“Aku harap kaedah baru ni boleh membanteras lebih banyak jenayah syarie yang dilakukan oleh umat Islam di Wilayah Persekutuan.”
“Insya Allah...”
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment