INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, May 27, 2009

STATISTIK DAN PUNCA PERCERAIAN: LPPKN



KUALA LUMPUR: Langit tidak selalunya cerah..Siapa mahu keluarga yang telah dibina berakhir dengan perceraian? Siapakah si waras yang mahu bahtera rumahtangganya berakhir dengan kemusnahan? Lebih-lebih lagi bila anak-anak telah hadir di sisi menagih kasih sayang, penjagaan dan keprihatinan.

Perkahwinan dan perceraian bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dibuat lawak. Bergegar ‘Arasy Allah bila Talaq berlaku dan Talaqlah perkara ‘halal’ yang paling dibenci Allah.



Bila sebut perkahwinan maka ia adalah ‘aqad untuk saling bertanggungjawab, beramanah, bersefahaman, bertoleransi malah ia adalah sebuah perkongsian pintar yang terbina di atas Mahabbatullah bersuluhkan iman, ilmu dan pengalaman bersumberkan firman dan sabda.

Bila perinsip asas ini gagal dihayati, maka perkahwinan hakikatnya dibina di atas dahan yang sangat rapuh. Sudahnya, ia bagaikan empangan retak yang menanti belah. Faktor-faktor lain ketika itu hanya bertindak sebagai ‘penambah perisa’ kepada ketidak tentuan dan keretakan itu.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, telah berlaku 42.3 peratus kes perceraian dan peratusannya seperti berikut:

1. (12 peratus) disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,
2. (11.5 peratus) kerana tidak bertanggungjawab.
3. (8.8 peratus) kerana campur tangan mentua atau ipar duai
4. (7.1 peratus) disebabkan ketagih dadah atau alcohol
5. (1.6 peratus) kerana masalah kewangan
6. (1.1 peratus) kerana terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan
7. (0.5 peratus) kerana didera
8. (12.6 peratus) kerana factor-faktor lain

B. Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan:
1. Cina, iaitu 45.8 peratus
2. Melayu (44.9 peratus)
3. India (20 peratus).

C. Perceraian disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai:
1. India : (30 peratus)
2. Melayu (7.4 peratus)

Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman DI dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur semalam.

beritaharian online@sahabatamal

2 comments:

Anonymoussaid...

tinggal bersama ibu dan bapa tak kira lah sebelah suami atau isteri selalunya akan timbul masalah keluarga disitu, tapi selalunya yg terjadi bila si isteri itu yg tinggal bersama keluarga sebelah si suami.

dinoperlissaid...

nasihat saya kepada sesiapa yg hendak melalui perkahwinan ambil lah langkah2 berjaga dari awal kalu boleh tu selepas saja berkahwin harap tu tinggal lah di rumah sendiri jgn teragak agak nak buat keputusan ini adalah benda penting nampak macam remeh tapi ia adalah berat...jgn teragak2 sbb bila kita dah tinggal bersama keluarga rasa tak sampai ati nak tinggal mereka akan timbul ini susah pulak ,kalau pindah rumahlain tapi dekat pon tak apa janji jgn tinggal serumah....

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial