INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, May 1, 2009

DIA LEBIH BAIK DARI DIRIKU

Siapa pun kita, , nescaya ada orang yang lebih tua, dewasa dan berusia dari kita. Tak kira mereka ada hubungan keluarga dengan kita atau tidak. Demikian juga, andai dilihat ke belakang, pasti akan ada orang yang lebih muda usianya dari kita. Ini di antara sunnatullah di mayapada ini. Dari sudut falasafahnya, maka itulah yang dikata 'perjalanan' hidup manusia. Itulah putaran dan kitaran hayat manusiawi.



Tiada siapa yang tidak pernah lalui zaman kanak-kanak dan alam remaja. Ahh, sungguh cepat dan pantas masa itu berlalu. Sama juga, tiada siapa yang boleh lari dari tua, renta dan bertemu kematian. Bila kita semakin berusia, maka zaman kanak-kanak, zaman remaja hanya tinggal dalam kenangan semata.

Kalau perjalanan itu nyata terisi dengan kebaikkan dan manfaat, bersyukur dan berbanggalah kita. Namun kalau ia terisi dengan kealpaan, kelekaan, kedosaan, tercetuslah penyesalan yang tidak tergambarkan. Alhamdulillah sekiranya hadir penyesalan. Yang sangat dibimbangi andai tak pernah terbetik sedikit pun rasa menyesal. Tak pernah bertamu pun rasa keinsafan. Irhamna Ya Rahman.

Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya, baik amalnyaDan seburuk-buruk manusia adalah yang panjang umurnya, buruk amalnya” (HR. Ahmad).

Dari sudut pargaulan dan akhlak Islami, ada panduan khusus yang Islam bentangkan berkenaannya iaitu bagaimana sepatutnya kita bermu'amalah dengan pelbagai ketegori umur manusia di hadapan kita. Ini sangat penting. Kerana ia adalah 'ruh' atau spirit agama yang tercinta ini. Inilah di antara misi utama kerasulan dan perjuangan Nabi saw.

Ibuayah, imam, khatib, ustaz ustazah, bilal, guru-guru dan orang yang lebih dewasa dari kita hendaklah kita muliakan, hormati serta beradab sopan di hadapan mereka. Pada mereka yang lebih muda dan kecil dari kita seperti adik-adik, kanak-kanak dan selainnya, maka hendaklah mengasihi dan menyayangi mereka sepenuh hati. Inilah asas Dinul Islam. Inilah ajaran dan wasiat Nabi saw.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bukan daripada kami orang-orang yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang-orang dewasa”.

Riwayat At-Tarmizi.

Dewasa ini, saban hari kita sedang melihat perlakuan kejam dan penghinaan golongan dewasa kepada remaja, kanak-kanak dan bayi. Golongan remaja amat jauh terpisah dari golongan dewasa walhal bukan demikian teladan Nabi saw.


Demikian juga, setiap masa juga kita sedang dipaparkan perbuatan kurang ajar, biadap, kurang sopan golongan remaja, belia dan kanak-kanak terhadap golongan dewasa hatta kepada ibubapa dan guru-guru. Cuba bayangkan, berapa banyak kereta guru-guru kita yang amat prihatin dengan nasib anak bangsa mereka telah dilorek dan di'senerih'kan dengan calaran-calaran kemarahan yang tidak berasas lagi tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya calaran kebodohan, keangkuhan dari jiwa yang berselirat ananiyah, vandalisme dan gangstrisme. Berbanggakah Nabi saw memiliki genarasi hari esok seumpama ini? Sungguh jauh sekali kita dari pesanan Nabi Muhammad saw. pesanan dan panduan Nabi saw kita tolak mentah-mentah begitu sahaja. Astaghfirullahh..

Untuk memulih dan merawat penyakit-penyakit rohaniah dan kejiwaan yang parah ini, kita tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada asas agama yang juga merupakan asas perjuangan Nabi Muhammad saw yang bersumberkan al quran dan as sunnah. Di sini sahaja jalan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Kejiranan, qaryah, komuniti, taman kita akan menjadi berseri dan sejuk mata memandang bila pesanan Nab saw tadi sama-sama dihayati tanpa lengah-lengah lagi. Malam ini lagi kita sudah mula berniat dan berazam untuk bersungguh-sungguh mengasihi kanak-kanak dan memuliakan orang-orang tua sedaya termampu kita. Disamping itu, anggaplah sesiapa jua di hadapan kita baik dewasa maupun kanak-kanak bahawa mereka adalah lebih baik dari diri kita.

Teladan yang dipaparkan oleh Abu Bakr bin Abdullah Al Muzani Rahimahullah di bawah ini amat memikat hati saya dan sahabat semua, insya Allah.

"Tiada seseorang pun yang aku lihat dia lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri) : Nescaya dia lebih baik dariku kerana telah mendahuluiku dalam beribadat dan berbuat taat kepada Allah. Dan tiada seseorang pun yang aku lihat dia lebih muda (lebih kecil) daripadaku melainkan aku berkata: Dia lebih baik dari diriku kerana aku pasti telah mendahului (melebihinya) nya dalam perbuatan maksiat".



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial