INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, May 24, 2009

MANA MILIK KITA?

Bumi dan langit adalah milik Allah. Segala apa yang ada di antara keduanya juga adalah milik Allah. Daratan dan lautan adalah milik Allah. Bulan dan matahari adalah milik Allah.

Gunung ganang dan hutan belantara adalah milik Allah. Api, air, angin dan tanah adalah milik Allah. Haiwan dan mergastua adalah milik Allah. Fauna dan Flora adalah milik Allah hatta jasad dan nyawa manusia juga adalah milik Allah.

Inna liLLahi wa inna ilaihi roji’un….


Segalanya mutlak milik Allah!

Lalu, “mana milik kita?,” Tanya Rabbani berulang kali di dalam album terbaru mereka, Nostalgia Nada Murni.

Ohh, kita tak punya apa-apa…Kita hanya menumpang pakai milikNya...

Makan, minum dan pakai, Dia yang beri..

Nyawa, keselamatan dan kesihatan, Dia juga yang beri...

Semua yang ada, semua yang wujud…,Dia yang punya..

KENAPA MALU?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa malu memperjuangkan agamanya?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa berdalih untuk menegakan hukum-hakamnya?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa berbangga dan menyombong terhadap amanah dan pinjamanNya?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa dan mengapa malu mengamalkan syariatNya?

Kalau semua milik Allah, kenapa tinggalkan suruhan dan laranganNya?

“..aku nak bermusafir. Berilah apa-apa nasihat padaku sebagai bekalan,” pinta seorang lelaki pada Al hasan Rahimahullah.

Jawab Al hasan: “ Wahai anak saudaraku, muliakanlah perintah dan suruhan Allah di mana sahaja kamu berada, nescaya kamu akan dimuliakan Allah.”

Kalau semuanya milik Allah, mengapa meranduk dan melanggar laranganNya?

Kalau seluruhnya milik Allah, kenapa malu memperkatakan tentang keindahan agama dan syariatNya?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa mempersendakan ajaranNya?

Kalau semuanya milik Allah, kenapa dan mengapa membelakangkan peringatanNya?

Kalau semua milikNya, kenapa menangguhkan taubat dan amalan?

Kalau semua milikNya kenapa sampai melupakan mati yang pasti?

REALITI

Ada orang malu nak ucap Assalamu’alaikum apabila bertemu atau hendak memulakan majlis.

Ada orang malu nak baiki bacaan al qurannya yang belum lancar.

Ada orang malu nak tunaikan solat di pejabat atau dikilangnya.

Ada orang malu hendak menutup aurat tapi tak malu mendedahkan aurat.

Ada orang malu nak sebut Nama Nabi Muhammad saw dan menyebarkan hadis-hadisnya.

Ada orang malu hendak ‘berubah’ dan ‘berhijrah’ takut kehilangan kawan-kawan lama.

Ada orang takut jatuh standard kalau tak langgah arak sesama ‘kawan-kawannya’nya?

Ada orang rasa ‘lekeh’ kalau layan radio IKIM.fm.

Ada anak-anak malu kalau dinamakan dengan nama isteri dan anak-anak Nabi saw.

Ada orang rasa ‘out of date’ kalau makan pakai tangan kanan…lalu melantaklah ia dengan tangan kirinya sahaja.

Ada orang yang hanya singgah surau masjid hanya untuk qadha hajat, bukan untuk menunaikan solat..

Masih ada ramai yang malu hadir ke majlis-majlis ilmu takut di panggil alim, lebai atau ustaz.

Usahlah demikian… Bukankah semua apa yang ada adalah milikNya?

Bukankah segala yang kita ada sekadar pinjaman dan amanah yang akan ditanya?

Bukankah hidup di dumia hanya sementara cuma?

Alangkah kerdil dan lemahnya kita dibandingkan kebanyakan ciptaan Allah yang lain, namun kenapa belum mahu kembali dan tunduk kepadaNya?

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial