INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, May 3, 2009

SEBURUK-BURUK SUARA















Hmm, binatang apakah yang kalau kita dengar bunyi suaranya saja pun kita dah rasa nyilu dan menjengkilkan, ” soal Sofwan macam seorang cikgu. “Eh, suara binatang apa ya?, Babun? Cipan? Tenuk? Badak Sumbu?” Said cuba meneka-neka. “Suara kaldailah. Orang Arab cakap Himar, jawab Sofwan.



SEBURUK-BURUK SUARA
Buruknya suara himar (kaldai) itu dinyatakan Allah swt tatkala mengkisahkan nasihat Luqmanul Hakim kepada puteranya dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud:

"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar.

Luqman berpesan kepada anaknya agar ia merendahkan suara di dalam pergaulan. Suara hendaklah dilontarkan sekadarnya mengikut hajat atau keperluan pendengar.Luqman menjelaskan kepada anaknya bahawa mengangkat suara tanpa hajat dan keperluan tertentu merupakan perkara yang buruk, kurang adab lagi tidak disukai khalayak pendengar. Perbuatan mengangkat suara, menjerit atau bertempik sesuka hati tanpa tujuan tak lebih macam kelaku dan bunyi suara sang himar. Seburuk-buruk suara adalah milik sang himar kerana awalnya suara adalah mengeluh dan akhirnya suara menguak atau melalak.





Apakah suara lolongan dan keluhan penghuni neraka seumpama keluhan sang himar? Wallahu A’alam. Selain miliki suara yang buruk, himar juga punyai tabiat (perlakuan) yang buruk dalam aktiviti seksnya. Namun yang lebih hodoh lagi teramat hina apabila manusia yang punya akal juga turut melampiaskan nafsu seksnya sebagaimana buruknya aktiviti ‘mengawan’ sang himar.

Sekarang, perangai bersetubuh atau mengawan serupa himar ini dah bersepah-sepah dan lebih memualkan bilamana media pula ghairah melaporkannya kepada khalayak umum yang turut dibaca golongan remaja dan kanak-kanak. Atas tujuan dan motif apakah perlakuan dan aktiviti seks selebriti barat di papar dan dedahkan pada khalayak? Kerana mahu menjadikannya factor pelaris bagi melariskan media-media tertentu, maka akhirnya yang rosak ialah anak bangsa kita.

Baru-baru ini, akhbar melapor bahawa polis Amerika mengejar kereta yang dipandu laju dan amat merbahaya. Rupanya si pemandu memandu kereta sambil berasmara dengan kekasihnya. Hai, dunia dah hampir kiamat. Inilah himar-himar yang bertopengkan wajah manusia.

Sabda Nabi saw: "Dan tinggallah manusia-manusia yang bersikap buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Riwayat Muslim). Manusia-manusia serupa inilah, saat dlontarkan ke dalam neraka, lolongan dan keluhan mereka bagaikan lolongan himar. Wallahu A’alam.

Tujuan Al quran dinuzulkan ialah untuk dihayati dan dilaksanakan. Inilah cabaran tercesar umat Islam iaitu menterjemahkan al alquran itu di dalam seluruh aspeh kehidupan baik dalam lapangan Hablum minaLLah maupun Hablum minannas.

Umat Islam perlu lebih bersedia menangani cabaran ini dengan menguatkan pegangan mereka kepada al-Quran. Al-Quran perlulah di pelajari , di baca, di fahami, di hayati dan di amalkan isi kandungannya.

Dalam aspek pendidikkan contohnya:

ibu bapa muslim telah di sarankan agar menekankan aspek pembinaan rohani di dalam diri anak-anak mereka melalui pendidikan al-Quran al Karim. Pendidikan al-Quran perlulah di semai dan di tekankan di dalam diri kita dan anak-anak kita.

Iman kepada aerhadap alquran bukan hanya terhenti pada membaca atau mengkhatam bacaannya sekadar sekali dua, tetapi yang lebih penting sekali ialah berusaha mempelajari dan memahami seluruh isi kandungan al-Quran tersebut bertujuan melaksanakan sekelian ajarannya di didalam kehidupan

Oleh yang demikian, Allah s.w.t. telah mengumpamakan orang-orang yang kenal al-Quran dan boleh membacanya, tetapi tidak memikul isi kandungannya dan memahaminya isi kitab tersebut, adalah seperti sang himar ataupun keldai , yang asyik memikul kitab-kitab tebal yang banyak, tetapi langsung tidak mengetahui tentang apa yang di pikulnya.

"Perumpamaan orang-orang yang di pikulkan Taurat kepadanya, kemudian mereka tidak memikul (kandungan) Taurat tersebut, adalah seperti seekor keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruklah perumpamaan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t. Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Jumu’ah: ayat 5)

Inilah suatu kejahilan dan suatu perumpamaan yang amat buruk. Ini sindiran Allah yang sangat nyata kepada golongan yang menganggap al quran sebagai bacaan biasa yang mungkin dibaca di hari kematian, hari aqad nikah atau sewaktu ditmpa musibah.

Kembalilah dan bersamalah kita hayati semula kepentingan al-Quran ini kepada diri kita dan generasi kita. Jatuh dan bangunnya umat Islam, sememangnya merujuk kepada kuat atau lemahnya pegangan mereka kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

DIBANGKITKAN BERKEPALA KALDAI

Dalam melaksanakan solat berjamaah, kita harus memahami tatacara, pergerakkan dan sah batalnya. Kejahilan mengenai perkara di atas bukan sekadar menjadikan solat seseorang tidak sah dan penuh cacat celanya, malah beroleh ancaman yang menakutkan di akhirat.

Sesetengah makmum tersangatlah gopoh dan kalut di dalam pergerakkannya sehingga ia terbabas. Maksud saya, pergerakkan dari rukun ke rukun sering mendahului imam. Imam belum bangun rukuk, dia dah bangun dulu. Imam belum angkat kepala dari sujud, dia sudah duduk Tahiyyat dah. Sekiranya ia membaca hadis di bawah, nescaya dia akan takut meneruskan tabiat sedemikian

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:”Bersabda Muhammad s.a.w.:” Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai?” (Riwayat Muslim)


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial