Salla ‘alaika Ya Rasulallah. Alangkah mulianya diri dan akhlakmu ya Rasulallah. Engkaulah contoh teladan yang terbaik pada apa yang engkau anjurkan.
Engkau jugalah sebaik-baik qudwah dalam memberikan bantuan kepada ummatmu khasnya buat sahabat-sahabatmu yang berhajat lagi memerlukan.
Ya Rasulallah, saatmana sahabatmu, Khabbab bin Arat r.a. keluar ke satu ‘Sariyyah’ - medan pertempuran yang tidak engkau sertai, engkau ternyata menjadi sahabat yang terbaik kepada sahabatnya. Engkaulah utusan rahmat. Utusan Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.
Anak perempuan Khabbablah yang telah mendedahkan kebenaran itu buat teladan ummah sepanjang zaman dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
“..sewaktu ketiadaan ayah, maka Rasulullah saw lah yang datang menguruskan hal ehwal kelurga kami sehingga baginda sendirilah yang memerahkan susu kambing untuk kami di dalam satu bekas yang besar sampai penuh melimpah. Setelah ayah pulang, beliau cuba memerah susu kambing tersebut, maka susu itu kembali seperti biasa (tidak banyak hasil perahannya sepertimana ketika Rasulullah saw memerahnya dahulu).
Berbahagialah di akhirat sana buat mereka yang dapat mencontohi akhlak dan peribadimu, wahai Rasul tercinta.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment