INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 1, 2009

BILA SIAYAH DIUGUT BUNUH



KUALA TERENGGANU: Pengajaran Allah di dalam lembaran surah Isra penting sekali untuk dihayati oleh setiap anak-anak, tidak kira mereka lelaki atau perempuan, masih belajar ataupun sudah berkerja, berkerja dikampung ataupun di bandar, bekerja sendiri ataupun makan gaji.

Antara pengajaran utama itu ialah tegahan Allah swt terhadap anak-anak daripada melontarkan perkataan ‘Uff’ (Ahhh) kepada kedua ibubapa mereka. Mereka juga dilarang dan diharamkan daripada berkata kasar dan mengherdik keduanya kerana semua perbuatan itu termasuk di dalam kederhakaan yang merupakan dosa yang sangat besar di sisi Allah. Itulah peringatan Allah kepada sekelian umat Islam lebih dari 1500 tahun yang lalu.


Firman Allah Taala: " Hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun), Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayang mu" (al-Israak: 23).

Anak-anak yang soleh dan solehah pasti sahaja taat, patuh, insaf dan akur dengan pengajaran dan peringatan Tuhan ini. Bagi mereka, ibubapa tiada galang gantinya di dunia ini. Redha ibubapa membawa ke syurga.

Namun anak yang Tholeh, anak yang derhaka dan anak yang biadap langsung tidak ambil pusing peringatan Allah yang maha penting itu.

Dunia akhir zaman pula sedang menyaksikan kebenaran sabda Rasulullah saw betapa semakin ramai ibubapa yang telah derita dan berendam air mata diperlakukan dengan kekejaman, penginayaan, penderaan, kebiadapan oleh anak-anak kandung mereka sendiri. ”Ibu-ibu melahirkan tuan-tuan”.

Kasih Sejati

Kisah yang beraku di Dungun sebagaimana yang dilaporkan akhbar hari ini menyedarkan kita betapa semakin ramai anak-anak derhaka yang langsung tidak takut pada ancaman siksa Allah di dunia dan di akhirat nanti.

Kerana kasih dan sayangkan anak, si suami (ayah yang berusia 50 tahun) mengajak isterinya keluar rumah untuk mencari anak lelaki mereka. Sungguh, kasih ibuayah itu sepanjang hayat.

Saya terfikir, masih ramai lagikah ibubapa yang perihatin sebegini? Ibubapa yang takut akan amanah Allah yang berat yang terpikul di pundak mereka. Ibubapa yang tidak mahu mengaku kalah untuk menyedarkan anak-anak mereka yang hilang pedoman sekalipun tubuh mereka sudah semakin uzur dan lelah menghadapi situasi yang sungguh menghiris jiwa.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 pagi. Kedua suami isteri mencari anak mereka ke sana kemari. Mereka bimbang bagaimana keadaan anak mereka kerana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah ditambah pula dengan sikapnya yang sering ponteng kerja.

Anak di pusat Karaoke

Akhir sekali mereka menuju ke pusat hiburan (pusat karaoke) yang terletak di bandar Paka, di mana anak lelaki mereka sering bertandang ke sana untuk berfoya-foya dan berhibur bersama kawan-kawan yang sama waktu dengannya.

Sebaik menjumpai anaknya itu, siayah maju menghampiri anaknya dan menasihati beliau supaya dapat pulang ke rumah dan memberi tumpuan terhadap kerja tetapi malangnya nasihat itu tidak diterima sebaliknya mangsa diherdik di hadapan orang ramai.

Si anak yang berang apabila ibu bapanya berjaya menjumpai lokasi dia berpoya-poya di pusat karaoke itu, kemudian memecut kereta ke tempat kerjanya di sebuah stor penyimpanan lori di kawasan perindustrian Cacar, Paka.

Sebaik anaknya itu berlalu, si ayah kemudian mengikuti anaknya itu sampai ke tempat kerjanya dan di situ sekali lagi si ayah menemui dan menasihatkan anaknya supaya mengubah gaya hidup dan memberi perhatian serius kepada kerja bagi menjamin masa depannya.

"Marah dengan nasihat yang diberikan bapanya, suspek sekali lagi mengugut untuk membunuh bapanya suatu hari nanti. Mangsa (siayah) yang bimbang dengan keselamatannya berikutan ugutan itu, membuat laporan di Balai Polis Paka kira-kira jam 5 petang," lapor pihak polis.

Lanjutan dari aduan itu, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 20-an dan hasil ujian air kencing positif dadah.

Allahu Akbar. Lihatlah. Bukan setakat kata-kata ’Ahh’ yang dilemparkan kepada ibubapa yang telah banyak berkorban selama ini malah dia diugut bunuh pula...Apakah ini hakikat yang harus diterima oleh keduanya yang sangat kasihkan anaknya? Apakah ini 'hadiah' yang patut diterimanya sempena sambutan hari ibu dan bapa baru disambut baru-baru ini?"





1 comments:

watisaid...

ALLAHUAKBAR... tak dpt nak gmbarkan mcm mana parah rasanya hati makayah dgn tindakan anak mcm ni.... kasihsyg yg disemai dr kecik tuba yg dibalasnya.... Innalillahi wainna ilaihiroji'un...

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial