INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 15, 2009

PENCURI YANG DICURI

Alhamdulillah, andai kita dapat menjadi kunci kebaikkan dan kemanfaatan buat orang ramai. Bersyukurlah andai insan-insan yang berada di samping kita beroleh kebaikan dan kelebihan yang banyak saat bersama dengan kita. Sesungguhnya sebaik-baik manusia itu ialah orang yang paling banyak memberikan manfaat (kebaikan) kepada orang lain pula.

As Syeikh Malik bin Dinar Rahimahulah adalah contoh seorang tokoh Islam yang tinggi ilmu dan kesolehannya, lebat kebaikkanya serta gemilang pula manfaatnya.

Pada suatu malam, rumahnya diterjah seorang pencuri. Digeledahnya rumah Malik, namun si pencuri tak jumpa satu barang pun yang boleh dicuri.

”Kamu tak dapat ambil (curi) apa-apa hartabenda duniakah?”, tanya Malik pada pencuri tersebut.

”Malam ini, tak ada benda apa pun yang aku boleh curi,” jawab si pencuri. Selamba mamba punya pencuri.

”Kalau tak ada habuan (harta duniawi) yang kamu boleh curi, mahukah kamu aku tunjukan dengan habuan (harta benda) Akhirat?” tawar Malik kepada pencuri yang semakin terkesima.

Jawab pencuri: ”Ya, aku ingin tahu dan cuba.” Jawapan yang ringkas. Macam terpukau. Sebaliknya dia tidak dipukau. Ah, boleh jadi juga terpukau. Terpukau dengan syakhsiah tuan rumah yang soleh, Malik bin Dinar.

Hakikatnya, jarum dakwah Malik sudahpun mengena sasarannya. Dengan izin Allah juga berkat kesolehan dan kepintarannya, Malik dalam tempoh yang sekejap sahaja telah berjaya menukarkan satu keadaan yang negatif sebelumnya menjadi positif.

“Baiklah! Kamu ambil wudhuk Semarang dan solatlah dua rakaat,” arah Malik kepada si pencuri.

Pencuri itupun bingkas berwudhuk dan meneruskan solat dua rakaat kemudian dia duduk buat seketika.

Menjelang Subuh, Malik bin Dinar pun kelura menuju ke masjid. Si pencuri pun turut keluar, menuruti Malik dari belakang namun sedikit terpisah.

”Siapakah lelaki yang berjalan di belakang tuan tu,” tanya orang pada Malik.

Jawab Malik: ”Ohhh, mulanya dia datang hendak mencuri di rumah aku namun sekarang aku pula yang mencuri hatinya.”

Masya Allah! Seorang pencuri telah dapat di tawan hatinya dan di bawa kepada Allah swt oleh seorang yang terkenal amat soleh kepada Allah. Imam Malik bin Dinar rahimahullah.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial