INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, June 16, 2009

JOHANNA GANTHALER : AJALNYA DI JALANRAYA

RIO DE JANEIRO: Setiap jiwa telah pun ditentukan ajalnya oleh Allah sebagaimana telah ditentukan juga untuknya soal rezeki, habuan dan jodohnya.

Firman Allah: “Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.”

Soal ajal maut ini adalah di antara pengkhususan ilmu Allah swt sekira-kira tiada siapa pun di kalangan makhlukNya hatta para Nabi dan malaikat sekalipun yang tahu bilakah masanya detik kematian itu?


Kita hanya disuruh mengingatinya, mengambil pelajaran darinya, melihat tanda-tandanya bahkan bersedia menghadapi kedatangannya dengan memantapkan iman, memperbanyakkan taubat serta melakukan amalan yang soleh.

Sementara itu, kematian yang hadir pada diri seseorang itu pastinya tidak menurut apa yang dia sangka dan mahukan. Ia adalah menurut kehendak dan kemahuanNya.

1. Saidina Khalid Ibnu Walid r.a yang digelar sebagai Saifullahil Maslul (pedang Allah Yang Terhunus) oleh Rasulullah saw ekoran penglibatan, kejayaan dan kecemerlangannya di dalam setiap perperangan dan pembukaan, akhirnya meninggal dunia di katilnya walhal setiap masa dia tak putus berdoa dan merindui agar dimatikan sebagai seorang syuhada di medan juang. Dikatakan pada badannya tiada ruang yang kosong dari bekas dan parut kecederaan perang.

2. Pernah dan banyak berlaku orang (sihat) yang duduk aktif di luar dengan pelbagai aktiviti riadhah, mati dahulu sebelum orang yang sakit terlantar berbulan-bulan di hospital.

3, Berapa banyak anak-anak yang meninggal dunia dahulu sebelum kedua ibubapanya.

4. Berapa banyak orang yang telah menempah ruang kubur untuk dirinya sendiri di tanah perkuburan yang tertentu dengan harga yang agak mahal, namun dilaporkan terkorban di luar negara.

5. Banyak juga berlaku seorang yang terselamat dari satu tragedi kematian yang meragut ratusan dan ribuan mangsa, mati juga akhirnya beberapa hari selepas itu di dalam tragedi yang lain pula. Kisah berikut menjadi sandarannya.

Johanna Ganthaler, seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, dikatakan menemui ajal juga akhirnya apabila terbabit dalam kemalangan kereta.

Pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya itu terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.

Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.

Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial